Saturday, May 24, 2008

wei org kampung!!

REALITI AL-NAKBAH...60 TAHUN..60 TAHUN..

Tarikh 15 Mei 2008 lalu disambut dengan penuh gemilang. Ribuan manusia membanjiri jalan-jalan raya di kota besar seperti London, berarak beramai2 sambil membawa slogan “Go to hell Israel” , “Give back Palestin” dan banyak lagi.

Jadi apakah sebenarnya yang terjadi semasa 15 Mei tersebut?

Disoroti kembali sejarah...

Theodor Herzl, nama yang cukup tidak asing dalam dunia yahudi. Dialah makhluk yang mengutarakan cadangan penubuhan negara yahudi ini dalam buku tulisannya Der Jundenstaat. Mangkuk ini juga telah mengutarakan beberapa prinsip assabiah iaitu

1. Orang-orang Yahudi, dimanapun juga mereka berada di permukaan bumi ini, di negara manapun juga mereka bertempat tinggal akan tetap saja merupakan sebuah "bangsa" yang tunggal.

2. Mereka selamanya dan di mana sajapun selalu menjadi korban pengejaran.

3. Mereka sama sekali tidak dapat diasimilasikan oleh negara-negara dimana mereka telah bertempat tinggal sekian lamanya (sangkaan yang sama yang juga ada pada orang-orang antisemit serta orang-orang rasialis).7

Bertitik tolak dari kelahiran prinsip2 sedemikian, maka lahirlah satu fahaman yang dinamakan Zionisme, dengan mangkuk theodor sebagai pengasas dan didukung oleh cawan2 dan piring2 yang lain2 seperti Amerika syarikat dan British. Dan pada tahun 1897, kongres yahudi sedunia telah diadakan. Maka bermulalah usaha2 yahudi ini dalam melobi sokongan antarabangsa dalam merencanakan penubuhan israel.

British yang pada masa itu merupakan kuasa terbesar dunia (umpama Amerika Syarikat sekarang) bersetuju untuk memperuntukkan satu negara tunggal kepada masyarakat yahudi. Beberapa negara telah dicadangkan untuk menjadi negara yahudi tunggal di dunia. Antaranya algeria (atau nigeria, aku terkonfius tiba2) dan ada satu lagi negara lain tapi aku lupa gak. Dan juga palestin semestinya yang pada masa itu berada dalam mandat pemerintahan British selepas kejatuhan empayar Uthmaniah.

Akhirnya, palestin telah dipilih kerana sebab2 keturunan dan agama yahudi itu sendiri yang kononnya Allah menjanjikan bahawa tanah itu adalah tanah mereka (namun mereka lupa yang mereka sendiri pada zaman nabi musa begitu angkuh dan bongkak sehingga ketika musa mengajak mereka berjihad membebaskan palestin, mereka ingkar dan menyuruh musa sahaja yang pergi. Akibatnya mereka disesatkan oleh Allah di padang pasir gurun selama 40 tahun. Dan sekarang secara tiba2 mereka mengatakan negara palestin itu adalah milik mereka. Pelik bukan?)

Terdapat juga satu lagi cerita mengenai pembahagian tanah palestin di antara kaum nabi luth dan nabi ibrahim dalam kitab suci yahudi (tak perlu diterangkan panjang2 sbb aku sendiri tak ingat. Jika berminat sila search di internet. Informasi di hujung jari.)

Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Hendak di pendekkan cerita, melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadang membahagikan Palestin kepada negara untuk Yahudi dan negara untuk Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan Arab 1936-1939 di Palestin.

Dalam menghadapi keganasan yang memuncak, kerajaan Britain menyerahkan masalah untuk diselesaikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% tanah yang didiami oleh 82% orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.

Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya adalah 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Semua negara Arab menolak pelan tersebut dan mencadangkan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa kerana tindakan Perhimpunan Agung yang melanggar hasrat majoriti penduduk Palestin. Cadangan negara Arab ini tidak mendapat sokongan. Pembahagian akan berkuatkuasa sebaik sahaja Britain berundur dari wilayah Palestin iaitu pada 15 Mei 1948.

Antara negara terawal yang mengiktiraf Israel adalah Amerika Syarikat yang dibuat dalam masa 11 minit selepas perisytiharan. Ini diikuti oleh Iran (yang pada masa itu masih di bawah Shah), Guatemala, Iceland, Nicaragua, Romania dan Uruguay. Kesatuan Soviet mengiktiraf Israel pada 17 Mei 1948, diikuti oleh Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ireland dan Afrika Selatan.

MAKA BERMULALAH AL – NAKBAH...

Penghijrahan yahudi ke palestin penuh kekejaman. Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman
pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir
lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang
daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu
yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai
rakyat
Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April
1948
yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-
orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan
PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar
dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu,
wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin
dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula
telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan
dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan, “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara
saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan
senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah
perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang
telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.
Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau
peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai
alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan
dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin
di sana serta
menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri
bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan
rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui
perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya
mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-
resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-
orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

SELAIN ITU...

Nakbah ini juga bagi memperingati kegagalan bangsa arab yang kononnya juga bangsa pilihan Allah dan mempunyai kemuliaan tersendiri dari memelihara tanah palestin itu sendiri.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Jalur Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah Mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Dapatkah anda bayangkan israel yang besar kelemboi itu telah berjaya mengalahkan mesir, jordan, syria dll? Jika di atas kertas, dengan sekali harum sahaja israel akan dapat dikalahkan walaupun mereka mendapat sokongan dari mangkuk2 dan piring2 seperti amerika syarikat dll. Namun kekalahan mereka ini bukanlah kerana bantuan amerika syarikat terhadap israel, tetapi kerana tidak mendapat pertolongan Allah dan strategi2 yang tah apa2.

Disebutkan juga dalam satu artikel yang saya tidak ingat dari mana, ketika peprangan tersebut, jeneral2 dan panglima2 arab berbalah mengenai strategi yang patut digunakan. Maka berlaku perpecahan dan lain2 lagi dikalangan para jeneral.

Selain itu, tentera2 yang terlibat dalam peperangan juga dikatakan berada dalam keletihan kerana mereka juga terlibat dalam konflik dengan yaman dan juga2 konflik2 lain sesama negara arab.

Disebutkan juga, keadaan tentera2 yang terlibat dalam peperangan juga bukanlah dari kalangan tentera kelas pertama, namun tentera2 kelas ketiga dari segi akhlak dan lain2. Mereka dikatakan meminum arak dan suka berpoya-poyo. Jika inilah keadaannya, bagaimana nak menang? Bukankah yang membezakan kita dan musuh kita hanyalah perbuatan maksiat? Jika bukan kerana perbuatan maksiat musuh kita, kita dan musuh kita sebenarnya adalah sama. Jadi jika kita sendiri melakukan maksiat, adakah kita mempunyai peluang untuk menang? Sesungguhnya kemenangan dalam sesuatu perkara itu adalah kurniaan Allah..

Gamal abd nasser, pemimpin mesir yang terbilang telah melakukan langkah terpuji dengan segera menyerang israel. Namun, ada pihak berpendapat, niat gamal itu bukanlah atas niat ingin membantu umat islam, namun semata2 atas ingin menjaga maruah bangsa arab. Mereka berperang kerana ingin menjaga kemuliaan bangsa arab. Jika niat sendiri bukan terhadap agama Allah, jadi bagaimana Allah ingin menolong tentera2 muslimin tersebut?

Baginda Nabi Muhammad sendiri telah memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliah”. (Riwayat Muslim).

Adakah bangsa arab itu adalah bangsa yang mulia? Sesungguhnya, bangsa arab itu adalah bangsa yang paling hina sekali sebelum kedatangan Islam. Islamlah yang mengangkat bangsa arab menjadi bangsa yang mulia. Akibat tidak menjaga Islam, jadilah bangsa arab bangsa yang hina seperti sekarang. Maka, hanya islamlah yang dapat memuliakan kita.

Selain dari perang arab-israel, bangsa arab juga mengalami kekalahan dalam perang enam hari (perang yom kippur), perang lebanon, perang teluk dan lain2. Kekalahan terhadap umat muslimin ini juga merupakan petanda yang umat islam sekarang berada di bawah, dan dalam perjalanan untuk keatas. Sesungguhnya, Allah berkuasa untuk mengangkat sesuatu kaum, dan berkuasa meruntuhkan sesuatu kaum.

MAKA 15 MEI 1948, MERUPAKAN PERMULAAN HARI MALAPETAKA BAGI UMAT ISLAM..

DAN KINI IA SUDAH MENJANGKAU ENAM PULUH TAHUN..ENAM PULUH TAHUN..

ENAM DEKAD NAKBAH

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan
Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat
Palestin
seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun
mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.
Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 %
dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama
umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil
Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang
tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu
di kalangan mereka
kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah
orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi
sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan
rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta
kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak
mereka untuk belajar
sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke
pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat
yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu.

Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza
yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.

Jadi, dimanakah kita selaku umat islam sekarang? Apa yang perlu kita lakukan? Adakah memadai dengan mengangkat senjata dan pergi ke lebanon, palestin? Memadaikah ambil bom buh dalam baju pastu letupkan?

Ketahuila umat muslimin dan muslimat sekalian, dalam menghadapi israel zaman sekarang, kita tak perlukan senjata.

KERANA Israel mempunyai ekonomi yang maju, dan juga maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Dimanakah kedudukan negara islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Ketenteraan, Israel mendapat bantuan dari amerika syarikat sebanyak AS$30 bilion. Satu angka yang cukup besar. Tentera Israel juga mempunyai kelengkapan antara yang tercanggih di dunia dan merupakan produksi mereka sendiri disamping pertolongan amerika.

Dimanakah kemajuan ketenteraan umat islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Teknologi2 sains usah cerita, hampir semua kelengkapan teknologi kita dihasilkan oleh yahudi sama ada yahudi eropah, amerika, atau israel itu sendiri.

Dimana kemajuan teknologi orang islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Makanya, adakah mampu anda melawan Israel?

Anda tahu jawapannya.

Jadi, kita ada satu kekuatan. Iaitu ekonomi. Allah kurniakan kita minyak. Yang subhanallah amatlah berguna untuk menjadi senjata.namun, ianya dikawal oleh boneka2 barat.

Maka, apa yang kita perlukan sekarang adalah ilmu. Duniawi ukhrawi. Dengan ilmu, insyaallah dimasa akan datang kita akan dapat mengalahkan israel. Dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dijanjikan.

Bye.

-segala data, fakta nombor dll diperolehi dari laman web majlis syura muslimun, wikipedia dan blog2 di internet. Segala data diolah semula oleh Metal Militia (Panglima Lancang Kuning Nusantara). Sebarang kesilapan data adalah amat dikesali. Sila ambil plot cerita sebagai pedoman. Terima kasih.-

Penulis merupakan seorang mamat yang tak ada kerja dek kerana bosan membaca latin.

No comments: