Friday, May 23, 2008

hati dan jantung...

Pertama sekali, Assalamualaikum (peace upon you!) rakan-rakan.
Tatkala sibuk mengejar kepuasan dunia (belajar untuk peperiksaan, bermain dan bersukan untuk kesihatan fizikal, menonton filem untuk menghilangkan rasa bosan) aku alpa untuk memuaskan keperluan penting diri iaitu - muhasabah diri. Nasib baik siti aisyah nadia post! Hehe, kalau tak memang merosot lawatan aku ke blog ni.

(hmm... walaupun mempunyai tanggungjawab terhadap blog-blog lain, rasanye blog ini cukup bermakna :) untuk aku ler... sedih wor~ sebab da lama tak hantar post! maaf rakan-rakan, hampir terkubur kehadiranku di sini!)

Berbalik kepada topik malam ini. HATI dan JANTUNG. Dan kekeliruan masyarakat kite tentang kedua-dua organ ini. :)

Perasan tak, bile kite rasa sedih kan, dan kite nak sampaikan kat orang lain, kite tunjuk kat kawasan pectoral (aka dada) dan akan cakap:

"Hati aku rasa sakit lah."

Hmm... rasenya, setelah berkecimpung lama dalam bidang perubatan (riak dan takbur sungguh!).

Maaf, maaf!

Gurauan para pembaca!

Maksud aku, setelah belajar subjek anatomi berkisarkan ruangan pericardium dan ruangan abdomen, sudah terang lagi bersuluh yang hati itu adelah:
a. ketulan organ of entodermal origin
b. terletak betul-betul di bawah diaphragm, sebelah kanan, tersorok dari pandangan dengan bantuan rakan-rakan bernama costae (costae -> sama dengan tulang rusuk kot... hmm betulkah? wah, merudum nampaknya perbendaharaan kataku)
c. dan ia kekal di kawasan itu dengan bantuan ligamen-ligamen berserta tekanan daripada ruang abdomen
d. maka, ia bukanlah terletak di kawasan pectoral!

Jadi macam mana sekarang?

Apa pulak yang terletak di sebalik kawasan dada yang selalu sahaja kite kaitkan dengan perasaan tu?

-Ya!

-Bagus rakan-rakan!

-Tekaan anda betul! Itulah dia, ruang pericardium (dalam bahasa Greek, peri - sekeliling, dan Latin, cardium - merujuk kepada JANTUNG) dan di dalamnya, organum (Latin untuk organ) cardia (Latin untuk jantung), aka jantung!

Lihat, hati dan jantung adelah dua entiti berbeza rakan-rakan!

Oleh yang demikian, lepas ni aku sarankan untuk kite same-same sama ada:
a. kalau rasa sakit kat kawasan dada tu, kite cakap la "adeyh, sakit jantung aku" atau;
b. kalau nak cakap "adeyh, sakit hati aku" jugak, tunjuklah ke kawasan yang betul iaitu di area abdominalis lateris dextri in area costa palpare (Latin untuk - bahagian depan abdomen sebelah kanan, kat mana kite boleh rase tulang rusuk)

Kih kih kih. Kepada yang membaca, sebarkanlah kebenaran ini. Semoga kite semua bertambah pengetahuan am!

[Hmm... nampaknya seperti post pertama aku yang bukan berunsur rohani kat rianoraandfriends ni (betulkah ahli fikir yang lain?)]

No comments: