Saturday, September 8, 2007

Wahai abid..
bagaikan gandum..
berisimu adalah pengertian tundukmu..
yang isimu adalah rahmat
tugasmu menjunjung kebenaran
bukan bersenang
mahupun berkerehatan
kelebihan padamu adalah satu pertanggungjawaban

wahai abid..
tundukmu tanda pengertian
kerana semuanya adalah ujian
hebatmu berfikir
mahu lincah gerak dirimu
namun..
berzikirkah dirimu..
basahkah lidahmu dengan takbir?
bergerakkah anggota mengagung kehebatan Ilahi?

Tunduklah wahai abid..
kerana tundukmu tanda jiwa kebebasan
kerana itulah jiwa yang merdeka
bukan hamba siapa…
tapi hanya kepadaNya…

wahai abid..
moga kau bukannya lalang:
yang isimu erti tegak wajahmu
yang bijakmu ertinya rendahlah insan sekelilingmu..
sedang lalang hanya menyakit pemandangan
sedang lalang perlu diracun ditebang..

wahai abid..
kelebihan satu pertanggungjawaban..
bukan kebanggaan..
akan terseksa kau kerana kelebihan..
yang tidak kau sirami dengan keikhlasan…
Moga amalmu menjanji kerahmatanNya..

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat… Andainya kematian kau tangisi Pusara kau siram dengan air matamu Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh Nyalakaniah obor untuk umat ini Dan Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan Sahabat, Kematianku hanyalah suatu perjalanan Memenuhi panggilan kekasih yang merindu Taman-taman indah disyurga Tuhan Terhampar menanti Burung-burungnya berpesta menyambutku Dan berbahagialah hidupku di sana Sahabat, Puaka kegelapan pastikan lebur Fajarkan menyingsing Dan alam ini kan disinari cahaya lagi Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya Jangan gentar berkelana ke alam abadi Di sana cahaya fajar memancar. Sayyid Qutub-1966

SEPULUH LANGKAH MENYAMBUT RAMADHAN

Tinggal beberapa hari sahaja untuk kita menghadapi Bulan Ramadhan, iaitu bulan yang paling mulia di antara 11 bulan-bulan lain. Terdapat banyak peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam Bulan Ramadhan sendiri seperti Perang Badar. Kalau diikutkan pada zaman dahulu, para sahabat cukup memahami erti sebenar kehadiran bulan Ramadhan sehingga kan mereka ternanti-nanti kehadiran Ramadhan dan menangisi pemergian Ramadhan. Alangkah indahnya jika diri kita dapat mengembalikan zaman tersebut.Di sini terdapat 10 langkah untuk kita sama-sama menghadapi bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..


# Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, salat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.”

# Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadaan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

# Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

# Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

# Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]

# Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

# Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]

# Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

# Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas salat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

# Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Thursday, September 6, 2007

Petikan Ucapan Ustaz Hj Akil..

Aku telah menyepi buat sekian lama..muahah..korg rindu tak kat aku? haha..ku harap mu merindui aku..kerana aku juga merindui mu...huk3..aku baru jek jumpa satu artikel yg cambest..tahap utopia punya..tatau la korg dah baca ke lom..kalau sudah korg purak2 la cam tak penah baca..ilang la sket malu aku..kalau blom baca..Meh La Jemput Membaca sambil2 Minum Air Sirap..sekian..Hanger yg patah, bukan bermaksud tanah yang basah..Renung2kan la..


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT