Salam korang. Hari ni, seperti yang dijanjikan kepada Cik Naufa Azhari, saya akan share satu cerita. Cerita ni bukanla saye cari sendiri tapi ade seorang DR Kak Leen (baru jadi doktor) yang menurunkan kepada sebahagian warga Praha yang hadir di rumah senior satu masa dulu. Bersedia ya semua! Dan akhir cerita ni ade assignment! (SO, hayati cerita dia betul-betul!)
Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: "Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku." Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.
Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu mengadu ia kepada rahib. Rahib berkata kepadanya, "Jika kamu takutkan ahli sihir, katakan kepadanya bahawa 'ibu bapaku menahanku (di rumah)'. Jika kamu takutkan ibubapamu, katakan kepada mereka berdua bahawa 'ahli sihir telah menahanku'."
Waktu berlalu hinggalah pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut lalu berkata dalam hatinya, "Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih afdal, tukang sihir atau rahib." Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: "Ya Tuhanku, jika sekiranya urusan rahib lebih Engkau cinta dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai."
Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)
Lalu dia menceritakan perkara tersebut kepada rahib. Rahib berkata kepadanya "Wahai anakku, engkau pada hari ini adalah lebih afdal dariku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu sudah sampai pada satu peringkat. Engkau akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau menceritakan tentangku."
Budak tersebut mempunyai kebolehan mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati pelbagai lagi jenis penyakit. Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan budak itu. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan hadiah yang banyak. Beliau berkata "Semua yang aku kumpulkan hari ini adalah untukmu sekiranya kamu dapat menyembuhkanku."
Budak berkata kepadanya, "Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT. Apabila engkau beriman kepadaNya, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu. Lalu beliau beriman, dan Allah SWT menyembuhkan matanya.
Dipendekkan cerita, kebolehan budak tersebut sampai ke pengetahun raja. Apabila ditanya siapa yang memulihkan penglihatan pembesarnya itu, pembesar tersebut menjawab. "Tuhanku". Raja bertanya lagi "Apakah engkau mempunyai tuhan selainku???" Beliau menjawab, "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT".
Ini diikuti penangkapan pembesar tersebut serta penyeksaannya sehingga terbongkar perihal budak tersebut. Apabila ditanya Raja budak tersebut menjawab "Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT". Maka dia pun diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib.
Maka rahib dipanggil dan disuruh meninggalkan agamanya dan dia enggan, maka dibunuh rahib dengan menggergajinya sehingga tubuh terbelah dua. Kemudian dibawa pembesar diraja (yang telah sembuh penglihatannya) dan disuruh meninggalkan agamanya. Pembesar raja enggan dan lalu dibunuh dengan cara yang sama. Selepas itu, budak dibawa dan dikatakan kepadanya "Tinggalkanlah agamamu." Dia enggan lalu diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata "Pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan diapa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia". Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut. Budak pun berdoa "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan cara apa yang Engkau sukai."
Tiba-tiba, bukit bergegar dan jatuh kesemua tentera raja. Budak pulang menemui raja. Raja bertanya, "Mana dia kawan-kawanku?" Budak menjawab, "Allah SWT telah menolongku menghadapi mereka." Lalu dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata "Pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, campakkan dia ke laut". Maka mereka pergi membawa budak itu lalu dia berdoa "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai". Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya "Mana kawan-kawanku?" Jawab budak, "Allah SWT telah menyelamatkanku dari mereka."
Lalu budak tersebut berkata kepada raja "Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta." Tanya raja, "Apa dia?". Jawab budak, "Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, ikatkan aku di sebatang pokok. Kemudian engkau ambil satu panah dariku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca 'Dengan nama Allah, Tuhan budak ini'. Kemudian engkau panahlah aku. Sekiranya engkau berbuat demikian, engkau akan dapat membunuhku".
Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itu pun diikat pada sebatang pohon. Kemudian diambil satu anak panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca "Dengan nama Allah, Tuhan budak ini" dan terus dipanahnya. Panah itu mengena bawah telinganya, perlahan-lahan budak itu meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan meninggal dunia.
(Orang ramai berkata : Budak ini mengetahui perkara yang tidak kita ketahui) "Kami beriman dengan Tuhan budak ini!".
Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan, "Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku." Lalu Raja memerintahkan digali parit-parit dan dinyalakan api. "Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya". Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Wanita itu gementar dicampakkan ke dalam api. Tiba-tiba bayinya berkata "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran!"
(RUJUKAN: Surah Al-Buruj 4-8. Hadith Riwayat Imam Muslim, Tarmizi, Ahmad.)
----
(Ini ruangan untuk korang semua fikir selama 5 minit, 10 pengajaran daripada cerita kat atas - PS: tadi da kasi warning ade assignment! So, silalah laksanakan.)
----
Siapa yang baca part ni tanpa memikirkan pengajaran dulu, memang nak kene piat telinga (bak kata Kak Naufa and Kak Alia) sebab tak berusaha dulu sebelum baca. Ish.
Tapi takpe, meh I start dengan soalan-soalan dulu:
1. Siapa tahu kenapa Allah jadikan Al-Quran ngan hadis tu adalah pedoman hidup kite? Angkat tangan!
(Betul! Sebab Al-Quran dan Hadis tu ade BANYAK pengajaran untuk kite kat dunia ni)
2. Habis tu, ape je pengajaran yang kite boleh dapat dari cerita ni? Kite bukannya ade ahli sihir (kecuali Harry Potter dan rakan-rakan... hehe... gurauan para pembaca!) mahupun kite hidup dengan kehadiran rahib. Wawawa... so, camne nak aplikasikan sekarang?
(Okay, kasi can kat korang fikir lagi 5 min. Camne nak kaitkan Ghulam (aka "budak tersebut", ilmu sihir, ilmu rahib dan sebarang komponen lain dalam cerita ni dengan kehidupan seharian kite)
-----
Sementara korang fikir tu, jom tengok pengajaran-pengajaran AM daripada cerita ni:
1. Yakin dengan pertolongan Tuhan. Segala apa cabaran yang diberiNya, sentiasa ingat itu adalah ujian sejauh mana kita berpegang teguh kepada kepercayaan terhadapNya. Kalaupun kite tak dapat apa yang kite nak kat dunia ni, bukankah syurga tu pemberian paling berharga? Bahagia bukan kalau dapat jadi salah seorang penghuni syurga? Huhu~
2. Sentiasa sedar diri dengan kelebihan yang diberi. Ape-ape sahaja yang kite capai semua tu sebenarnya bukanlah kebetulan tetapi takdir Ilahi. Ingat yang bagi setiap perkara memang ada muqaddimah and sebab tapi natijahnya, semua di tangan Tuhan. Macam budak tadi, bila berjaya je, die akan mengagungkan Allah dan bukannya diri die sendiri.
3. Jom tuntut ilmu agama dengan keinginan kite sendiri. For a moment, just think about it. Are we Islam cause our parents are? Or are we Islam because we see the beauty of the religion as it is? Bak lagu Raihan, Iman tak dapat diwarisi. Adalah lebih afdal untuk kite, SELAIN daripada mendapat tunjuk ajar daripada orang lain, KITE SENDIRI cari bukti kebenaran tu dengan bertujuan mengukuhkan lagi pegangan yang sedia ada dalam diri kite. InsyaAllah. (Budak tu pun, memanglah menarik bagi die masa belajar dengan rahib, tapi kan ade satu masa die nak uji kebenaran-i.e. peristiwa die baling batu kat binatang tu! Lihat, cara untuk memupuk keyakinan atas niat sendiri- kite pulak, tak perlu benda yang extreme pun boleh, cuba fikirkan tentang rahsia kejadian alam, siapa lagi yang mampu merangka perjalanan hidup setiap penghuni Bumi ni dengan lengkapnya? Sesungguhnya Allah itu Maha Mencipta, Bijaksana lagi Mengetahui)
----
Wah, macam dah exceed tempoh 5 min.
Okay. Sekarang kepada pengajaran KHAS pulak.
Mengaitkan cerita dengan kehidupan seharian:
(bayangkan ni korang yang tulis sendiri)
Ghulam: Saya
Ilmu Sihir: Ilmu Pelajaran - Medic (dahulu, ilmu sihir diangkat tinggi, orang yang berpelajaran dan mendapat pengaruh masyarakat adalah golongan yang mempunyai ilmu sihir)
Ilmu Rahib: Ilmu Agama
Pengajaran yang perlu diampil daripada role play kat atas:
1. Prioritise. Korang rase ilmu mana lagi penting? Lebih afdal bagi kite?
Yup. Mestila ILMU AGAMA. Sebab kalau kite "begin with an end in mind", kite nak menuju -> Paradise!
2. Habis tu? Nak buat apa sekarang? Tinggalkan Medic? Balik belajar di sekolah pondok?
Aha! Well, tengok budak tu. Untuk belajar ilmu rahib, adakah die meninggalkan ilmu sihir? Tett. Tidak. Dengan kecerdikan die and also kefamous-an die tulah die mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat bukan? Kat zaman kite ni, terutama sekali bile dengan kehadiran generasi baru, makin bertambah orang cerdik pandai, ingat kalau kite takde ilmu orang nak pandang ke? Camne nak restore balik akidah masyarakat kalau suara kite menjadi pekak di telinga mereka? Hmm... jadi ape yang kite kene buat?
a. Kite dah tau kepentingan kedua-dua ilmu sihir dan ilmu rahib kan? So, mantapkan kedua-dua ilmu ni. Kalau sehari 5 jam belajar ilmu sihir, 5 jam jugakla belajar ilmu rahib (atau lebih sebab ni priority kite!).
b. Jangan kufur nikmat. Allah dah beri kite semua peluang untuk meneruskan pengajian (tak kire lah bidang ape pun). Mesti ade sebab kite terpilih belajar Medic/Engineering/Law/Accounting kan? So, ganbateh ne! Give your best and Allah will take care of the rest.
c. Lu pikir sendiri pulak... I'm sure you have the capacity...
-----
Jam sudah hampir pukul 12 pun.
Saya pun dah mengantuk.
Kepada para pembaca, sesungguhnya, saya ni memang tak lari daripada khilaf. Tapi nak share jugak artikel nih. Semoga beroleh keberkatan dan manfaat. Sebarang tambahan/kritikan/silap info, jangan malu-malu drop your comments! Saye ni pun perlukan bantuan anda! :)
Salam and good night!
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
alhamdulillah..bgus point2 yg dihujah tu..maybe k zilla xnk comment pasal point yg dh ade..rsnye sume dh clear..cume nk tambah skit..yg part usaha tentera raja tu utk membunuh raja tu..just remind ourself yang apa jua usaha manusia utk memudaratkan kita xkan berlaku selagi Dia tidak mengizinkan..segala yang berlaku bukanlah secara kebetulan tertimpa..n satu lg point yg kita bleh pikirkan..knp raja tu xtrus bunuh je budak tu..nape kene dibawa ke ats bukit dan dibawa ke tengah laut?..jom pikir same2..=)
waaa, 3.5 bintang utk cik zizi, bintang yg baki adalah utk diri saya sendiri..kikiki..
Because we are able to create in us the capacity to give our lives for the deen of ALLAH..so yeah people, sungguh kita lebih dr mampu utk lakukannya krn kata org biarlah buat sesuatu berdsrkan hujah, nah, hujah apakah lagi yg perlu diberi, jgnlah lengah dlm mencari redha Illahi =)
krn kita tidak memilih utk sekadar menjadi penyokong, hadir kita juga adalah utk menjadi PENDOKONG..inilah masa, inilah ketika utk memberi..kerana sungguh, bak kata ustaz Hasrizal, ERTI HIDUP PADA MEMBERI..manfaatkan segala medan yg disertai utk berdakwah, percayalah kita xkan rugi..
credit kpd cik zizi krn sudi berkongsi..teruskan usaha murni, moga sentiasa diberkati..ameen
salam,zizi..cerita yg penuh pengajaran..betul..kegagalan,mehnah ujian dan tribulasi hidup bukan ending kpd kebahagiaan krn kebahagiaan yg kekal ialah nikmat syurga ALLAH di akhirat nnti..sbb tu budak tu berani pertahankan Aqidah biarpun dibunuh..n lagi satu,pengajaran dlm cerita ni..dlm da'wah,if kita bertindak senyap tanpa memainkan peranan dgn ilmu yg kita ada,impaknya sukar utk mesej yg mahu disampaikan tu kesan pd hati org lain..gunakan sebaiknya kombinasi ilmu agama dan dunia..teruskan tinta..terus berkongsi!
Hmm... semua pun akak senior respon... dekuji moc! (maksdny terime kasih banyak2)...
mengupas blk ape yg telah ditulis psl menuntut kedua-dua ilmu akhirat n ilmu duniawi... kite sbg pljr x bole la nak merungut ttg ape yg tertakluk dlm syllabus pelajaran kite kan? (huhu~ kesedaran utk diri sendiri)... sbb seharusny, syllabus yg kite belajar tu cumalah sebahagian kecil daripada ilmu yg patut dituntut (aduh, terkena diri sendiri lagi), kite masih ade syllabus ilmu akhirat yg harus distudy dan diaplikasi...
kalau kite sibuk memanjang memikirkn subjek2 kelas, setiap kali pun menangguh2 mengulangkaji pelajaran, habis tu, bila pulak nak start menimba ilmu agama nya? (huhu~ pedas~ pedas~) so, masa yg telah diperuntukkn kpd kite, gunaknla dgn sebaik mungkin... dengan itu, tentu sekali putaran jam yang 24 itu, dapat kite isikan dgn sepenuhny!
jadi -> ganbateh semua!!! jgn terdetik di hati saja, biarlah anggota badan dan mental bergerak sama!!!
aha! nampaknya kak zila mengutarakan satu soalan cepumas...
sape tahu? nape raja tu tak bunuh je budak tu straight? jeng3...
yup.. sy pun setuju bangat dgn pendpt akak2 kt atas ni yg bernas sekali...
Kt sini nk amik kesempatan nk ucap terima kasih byk2 kt kakak2 yg dtg jauh2 dr Ireland utk berkongsi citer ni.Bkn apa..sbb citer ni dr Surah Al-Buruj..klu kite baca tafsir die jer..bknnyer ade citer yg straight forward pun..so kakak2 nie usaha mencari maksud citer di sebalik tafsir tu..kite pun patut wat mcm tu jugak !!
p/s teringat kata2 salah sorang kakak ireland tu yakni :
'Adakah kita sanggup untuk melompat ke dalam parit api untuk mempertahankan iman kita..atau sanggupkah kita dipenggal kepala untuk menegakkan islam??’..
Sanggupkah kita?
Renung-renungkan~
~peace~
huhu...B-I-G CLAP for u zizi..nice!!!
and jawapan pada jawapan zizi tu sebab mana macho raja tu bunuh dak kecik kan??
nanti free2 tengok2 la cartoon die?
ke dah tengok?
buat kali pertama aku setuju ngan wani..itu la juga jawapan aku..keegoan raja mengatasi segala2nya..sekali memakan diri..-panglima lancang kuning nusantara bersara-
hehe... bagus la artikel ni dapat menyatukan pendapat saudari and saudara...
anw - yup, stelah die bertungkus lumus mendapatkan budak yg bijak pandai utk menggantikan tempat si tukang sihir tu, kalau die bunuh budak tu on the spot, it will menggoyahkan pengaruh die sebagai raja...
so, kireny, kalau kite ni seorang yg berpelajaran, kite akan ade pengaruh terhadap pemikiran masyarakat n pemimpin, gunekanla ilmu yang kite pelajari sebaik-baikny...
how? well - jadilah seorang ahli/pakar dlm bidang yg kite ceburi...
kemudian, satu hari nanti, org akn mula bertnykn pendapat kite dan jika pendapat kite itu benar, org akn bertny lg pendapat kite ttg lain-lain hal (kehidupan, agama, etc)...
ganbateh neh!
Post a Comment