Monday, January 26, 2009

Sunday, January 18, 2009

membina empayar baru

Salam rakan-rakan. Tanpa perlu tanya, pasti ramai sedang resah dan gelisah tentang krisis yang melanda Gaza sekarang.
Apa saja yang telah kita lakukan?
-Boikot, berdoa, berdemonstrasi.
Alhamdulillah bagi yang berjaya melibatkan diri dalam semua ni. Semoga usaha kita ni akan membuahkan hasil.

Hmm, harini saya nak utarakan satu usul (acece macam mesyuarat agung la pulak). Usul jangkamasa panjang bagi meluaskan lagi skop bantuan yang kita boleh beri dekat saudara-saudara kita dan insyaAllah, untuk kebaikan kita bersama-sama.

-----

Melihat keadaan sekarang, amat jelas bukan, bahawa kaum yang menguasai dunia adalah kaum yang paling kuat pengaruhnya. Begitu kuat pengaruh diorang ni sampai PBB pun tak mampu untuk mengapa-apakan diorang. Begitu kuat pengaruh diorang ni sehingga hampir kesemua produk yang mereka hasilkan menjadi barangan keperluan harian bagi sesetengah kita.

Ye, saya bercakap pasal Yahudi dan Israel.

Dan sebagai maklumat tambahan tau tak populasi dunia ni, 20% adalah Muslim dan hanya o.2% sahaja Yahudi (nisbah penduduk, 117:1). Dan daripada jumlah ni, seramai 184 orang Yahudi pernah mendapat Nobel Prize dan Muslim pula cumalah sejumlah 9 orang. Ini baru Nobel Prize, kalau kita senaraikan orang-orang berpengaruh pada zaman ni pula, lagi berjela!

------

Berbalik kepada usul tadi, usulnya adalah (jeng3):
Jom kita semua berusaha ke arah membina empayar baru.
(Dan bagi mereka yang mulutnya ternganga sekarang, saya pohon rilek kejap dan baca dulu ye!)

Apakah empayar?
Saya mencari dan maksud empayar tu agak besar dan menakjubkan. Baca sini. (Bacalah, pendek je pun)

Nak membina empayar baru memanglah akan mengambil masa, tapi insyaAllah, perjalanannya, memang kita semua sedia mampu tempuhi. Usul dah ada, sekarang persoalan pula kita bincangkan.

Bila patut kita bertindak ye?
- Kita bertindak sekarang.
- Hierarki masyarakat jelas-jelas menunjukkan, untuk timbul satu perkara, kita haruslah bertindak daripada individu, kemudian keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya.

Persoalan bagaimana
- Bolehlah di'tackle' dari pelbagai aspek dengan syarat kita semua tahu misi (membina sebuah empayar) dan visi (sebagai "kaum" berpengaruh yang berkuasa terhadap peradaban dunia) kita atau ringkasnya, niat.
- Sebagai pelajar, yang bermain di fikiran saya sekarang adalah melalui pendidikan. Sebagai permulaan, tanya soalan ni: Siapa aku? Apakah skop kemampuan aku? (Penggunaan "Aku" seperti lebih sesuai jika hendak bermonolog)
- Contohnya:
"Aku seorang pelajar kejuruteraan. Aku akan tuntut ilmu ni dan jadi golongan bijak pandai dan menambah lagi bilangan penerima anugerah Nobel daripada kaum aku."
"Aku seorang bapak. Aku akan galakkan anak aku untuk tuntut ilmu dan takkan gunakan kabel mahupun rasuah untuk masukkan anak aku ke universiti. Aku nak anak aku sedar kepentingan pendidikan dan jadi pandai betul-betul."
dan sebagainya. Ini cadangan saya saja, tapi apa salahnya kalau kita beramai-ramai jadi saintis bukan?
- Dan itu dari segi pendidikan duniawi, jangan lupa kita ada ilmu akhirat dan sebagainya.
- Dan macam-macam cara lagi yang kita, sebagai individu (pelajar) yang kemudian boleh luaskan pengaruh ke dalam keluarga (bapak), rakan-rakan, masyarakat, negara dan insyaAllah, dunia.

Hmm... buat masa sekarang, ini sahaja yang dapat saya sampaikan. Untuk mengerakkan idea ni, mungkin perlukan bantuan semua dan ya, akan lebih berkesan dengan sebuah organisasi tanpa korupsi. Kita mula sekarang, dengan kemampuan yang sedia ada dan di masa hadapan, kita teruskan legasi ini. Sudah masanya kita mengambil langkah yang lebih drastik.

Ar-Ra'd;11
"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri..."

Al Fath; 22-23
"Dan sekiranya orang-orang yang kafir itu memerangi kamu, pastilah mereka akan berbalik melarikan diri (kalah), dan mereka tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong. (Demikianlah) hukum Allah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tidak akan menemukan perubahan pada hukum Allah itu."

Percaya pada janji Allah dan berusaha untuk kembalikan zaman kegemilangan kita. Jom berikan dedikasi mengikut kemampuan kita!

-----

*Mohon pendapat semua kalau tak keberatan, sebab saya sangatlah miskin dalam ilmu pembangunan insan ataupun dalam pembentukan ideologi. Harap maaf kalau ada timbul salah faham. Apa-apa pun, penulis boleh dihubungi melalui email di moony.azz89@gmail.com.*