Thursday, May 29, 2008

Ghulam, Sihir dan Rahib...

Salam korang. Hari ni, seperti yang dijanjikan kepada Cik Naufa Azhari, saya akan share satu cerita. Cerita ni bukanla saye cari sendiri tapi ade seorang DR Kak Leen (baru jadi doktor) yang menurunkan kepada sebahagian warga Praha yang hadir di rumah senior satu masa dulu. Bersedia ya semua! Dan akhir cerita ni ade assignment! (SO, hayati cerita dia betul-betul!)

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: "Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku." Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu mengadu ia kepada rahib. Rahib berkata kepadanya, "Jika kamu takutkan ahli sihir, katakan kepadanya bahawa 'ibu bapaku menahanku (di rumah)'. Jika kamu takutkan ibubapamu, katakan kepada mereka berdua bahawa 'ahli sihir telah menahanku'."

Waktu berlalu hinggalah pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut lalu berkata dalam hatinya, "Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih afdal, tukang sihir atau rahib." Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: "Ya Tuhanku, jika sekiranya urusan rahib lebih Engkau cinta dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai."

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya.)

Lalu dia menceritakan perkara tersebut kepada rahib. Rahib berkata kepadanya "Wahai anakku, engkau pada hari ini adalah lebih afdal dariku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu sudah sampai pada satu peringkat. Engkau akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau menceritakan tentangku."

Budak tersebut mempunyai kebolehan mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati pelbagai lagi jenis penyakit. Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan budak itu. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan hadiah yang banyak. Beliau berkata "Semua yang aku kumpulkan hari ini adalah untukmu sekiranya kamu dapat menyembuhkanku."

Budak berkata kepadanya, "Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT. Apabila engkau beriman kepadaNya, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu. Lalu beliau beriman, dan Allah SWT menyembuhkan matanya.

Dipendekkan cerita, kebolehan budak tersebut sampai ke pengetahun raja. Apabila ditanya siapa yang memulihkan penglihatan pembesarnya itu, pembesar tersebut menjawab. "Tuhanku". Raja bertanya lagi "Apakah engkau mempunyai tuhan selainku???" Beliau menjawab, "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah SWT".

Ini diikuti penangkapan pembesar tersebut serta penyeksaannya sehingga terbongkar perihal budak tersebut. Apabila ditanya Raja budak tersebut menjawab "Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT". Maka dia pun diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib.

Maka rahib dipanggil dan disuruh meninggalkan agamanya dan dia enggan, maka dibunuh rahib dengan menggergajinya sehingga tubuh terbelah dua. Kemudian dibawa pembesar diraja (yang telah sembuh penglihatannya) dan disuruh meninggalkan agamanya. Pembesar raja enggan dan lalu dibunuh dengan cara yang sama. Selepas itu, budak dibawa dan dikatakan kepadanya "Tinggalkanlah agamamu." Dia enggan lalu diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata "Pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan diapa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia". Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut. Budak pun berdoa "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan cara apa yang Engkau sukai."

Tiba-tiba, bukit bergegar dan jatuh kesemua tentera raja. Budak pulang menemui raja. Raja bertanya, "Mana dia kawan-kawanku?" Budak menjawab, "Allah SWT telah menolongku menghadapi mereka." Lalu dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata "Pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, campakkan dia ke laut". Maka mereka pergi membawa budak itu lalu dia berdoa "Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai". Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya "Mana kawan-kawanku?" Jawab budak, "Allah SWT telah menyelamatkanku dari mereka."

Lalu budak tersebut berkata kepada raja "Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta." Tanya raja, "Apa dia?". Jawab budak, "Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, ikatkan aku di sebatang pokok. Kemudian engkau ambil satu panah dariku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca 'Dengan nama Allah, Tuhan budak ini'. Kemudian engkau panahlah aku. Sekiranya engkau berbuat demikian, engkau akan dapat membunuhku".

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itu pun diikat pada sebatang pohon. Kemudian diambil satu anak panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca "Dengan nama Allah, Tuhan budak ini" dan terus dipanahnya. Panah itu mengena bawah telinganya, perlahan-lahan budak itu meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan meninggal dunia.
(Orang ramai berkata : Budak ini mengetahui perkara yang tidak kita ketahui) "Kami beriman dengan Tuhan budak ini!".

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan, "Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku." Lalu Raja memerintahkan digali parit-parit dan dinyalakan api. "Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya". Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Wanita itu gementar dicampakkan ke dalam api. Tiba-tiba bayinya berkata "Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran!"

(RUJUKAN: Surah Al-Buruj 4-8. Hadith Riwayat Imam Muslim, Tarmizi, Ahmad.)

----

(Ini ruangan untuk korang semua fikir selama 5 minit, 10 pengajaran daripada cerita kat atas - PS: tadi da kasi warning ade assignment! So, silalah laksanakan.)

----

Siapa yang baca part ni tanpa memikirkan pengajaran dulu, memang nak kene piat telinga (bak kata Kak Naufa and Kak Alia) sebab tak berusaha dulu sebelum baca. Ish.
Tapi takpe, meh I start dengan soalan-soalan dulu:

1. Siapa tahu kenapa Allah jadikan Al-Quran ngan hadis tu adalah pedoman hidup kite? Angkat tangan!

(Betul! Sebab Al-Quran dan Hadis tu ade BANYAK pengajaran untuk kite kat dunia ni)

2. Habis tu, ape je pengajaran yang kite boleh dapat dari cerita ni? Kite bukannya ade ahli sihir (kecuali Harry Potter dan rakan-rakan... hehe... gurauan para pembaca!) mahupun kite hidup dengan kehadiran rahib. Wawawa... so, camne nak aplikasikan sekarang?
(Okay, kasi can kat korang fikir lagi 5 min. Camne nak kaitkan Ghulam (aka "budak tersebut", ilmu sihir, ilmu rahib dan sebarang komponen lain dalam cerita ni dengan kehidupan seharian kite)

-----
Sementara korang fikir tu, jom tengok pengajaran-pengajaran AM daripada cerita ni:

1. Yakin dengan pertolongan Tuhan. Segala apa cabaran yang diberiNya, sentiasa ingat itu adalah ujian sejauh mana kita berpegang teguh kepada kepercayaan terhadapNya. Kalaupun kite tak dapat apa yang kite nak kat dunia ni, bukankah syurga tu pemberian paling berharga? Bahagia bukan kalau dapat jadi salah seorang penghuni syurga? Huhu~

2. Sentiasa sedar diri dengan kelebihan yang diberi. Ape-ape sahaja yang kite capai semua tu sebenarnya bukanlah kebetulan tetapi takdir Ilahi. Ingat yang bagi setiap perkara memang ada muqaddimah and sebab tapi natijahnya, semua di tangan Tuhan. Macam budak tadi, bila berjaya je, die akan mengagungkan Allah dan bukannya diri die sendiri.

3. Jom tuntut ilmu agama dengan keinginan kite sendiri. For a moment, just think about it. Are we Islam cause our parents are? Or are we Islam because we see the beauty of the religion as it is? Bak lagu Raihan, Iman tak dapat diwarisi. Adalah lebih afdal untuk kite, SELAIN daripada mendapat tunjuk ajar daripada orang lain, KITE SENDIRI cari bukti kebenaran tu dengan bertujuan mengukuhkan lagi pegangan yang sedia ada dalam diri kite. InsyaAllah. (Budak tu pun, memanglah menarik bagi die masa belajar dengan rahib, tapi kan ade satu masa die nak uji kebenaran-i.e. peristiwa die baling batu kat binatang tu! Lihat, cara untuk memupuk keyakinan atas niat sendiri- kite pulak, tak perlu benda yang extreme pun boleh, cuba fikirkan tentang rahsia kejadian alam, siapa lagi yang mampu merangka perjalanan hidup setiap penghuni Bumi ni dengan lengkapnya? Sesungguhnya Allah itu Maha Mencipta, Bijaksana lagi Mengetahui)

----
Wah, macam dah exceed tempoh 5 min.
Okay. Sekarang kepada pengajaran KHAS pulak.
Mengaitkan cerita dengan kehidupan seharian:

(bayangkan ni korang yang tulis sendiri)
Ghulam: Saya
Ilmu Sihir: Ilmu Pelajaran - Medic (dahulu, ilmu sihir diangkat tinggi, orang yang berpelajaran dan mendapat pengaruh masyarakat adalah golongan yang mempunyai ilmu sihir)
Ilmu Rahib: Ilmu Agama

Pengajaran yang perlu diampil daripada role play kat atas:
1. Prioritise. Korang rase ilmu mana lagi penting? Lebih afdal bagi kite?
Yup. Mestila ILMU AGAMA. Sebab kalau kite "begin with an end in mind", kite nak menuju -> Paradise!

2. Habis tu? Nak buat apa sekarang? Tinggalkan Medic? Balik belajar di sekolah pondok?
Aha! Well, tengok budak tu. Untuk belajar ilmu rahib, adakah die meninggalkan ilmu sihir? Tett. Tidak. Dengan kecerdikan die and also kefamous-an die tulah die mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat bukan? Kat zaman kite ni, terutama sekali bile dengan kehadiran generasi baru, makin bertambah orang cerdik pandai, ingat kalau kite takde ilmu orang nak pandang ke? Camne nak restore balik akidah masyarakat kalau suara kite menjadi pekak di telinga mereka? Hmm... jadi ape yang kite kene buat?

a. Kite dah tau kepentingan kedua-dua ilmu sihir dan ilmu rahib kan? So, mantapkan kedua-dua ilmu ni. Kalau sehari 5 jam belajar ilmu sihir, 5 jam jugakla belajar ilmu rahib (atau lebih sebab ni priority kite!).
b. Jangan kufur nikmat. Allah dah beri kite semua peluang untuk meneruskan pengajian (tak kire lah bidang ape pun). Mesti ade sebab kite terpilih belajar Medic/Engineering/Law/Accounting kan? So, ganbateh ne! Give your best and Allah will take care of the rest.
c. Lu pikir sendiri pulak... I'm sure you have the capacity...

-----
Jam sudah hampir pukul 12 pun.
Saya pun dah mengantuk.
Kepada para pembaca, sesungguhnya, saya ni memang tak lari daripada khilaf. Tapi nak share jugak artikel nih. Semoga beroleh keberkatan dan manfaat. Sebarang tambahan/kritikan/silap info, jangan malu-malu drop your comments! Saye ni pun perlukan bantuan anda! :)

Salam and good night!

Saturday, May 24, 2008

wei MALAYSIA!!

bangsa oh bangsa.. (jahat sungguh Barat nih)

Sebagaimana yang kita semua umum atau tahu, musuh sejati umat islam selain syaitan adalah kaum kafir nasrani dan yahudi harbi. Selama2nya mereka tidak akan tenang selagi kita tidak menyertai mereka.

Maka, disebabkan perbalahan yang tidak henti2 antara kita dan mereka, maka berlakulah beberapa siri peperangan antara muslim dan kafir harbi. Antara contoh terang-terangan adalah perang salib yang mempunyai beberapa siri dan antara yang popular adalah kemenangan Salahuddin Ayyubi (yang berbangsa Kurdis, dan bukan berbangsa Arab sebagaimana dakwaan sesetengah pihak) dan kemenangan Sultan Muhammad al-Fateh. Pihak salib juga memperoleh kemenangan dalam beberapa siri pertempuran antaranya kejatuhan Baitulmaqdis ke tangan kaum Frank pada tahun 5 julai 1099 dan Godfrey the Bouillon menjadi penguasa baitulmaqdis. (banyak lagi perang yang dimenangi oleh kaum kristian tapi aku tak berapa ingat la)

Umumnya perang salib mempunyai 9 siri. Dan perang itu masih diteruskan sehingga sekarang namun dalam bentuk yang lebih licik dan halus.

Dalam persekitaran dunia sekarang, kaum nasrani dan yahudi menjadi begitu licik dalam usaha memecahbelahkan umat islam. Mereka tahu akan kekuatan sebenar umat islam yang datang dari perpaduan sesama muslim atas nama Islam dan bukan atas nama kaum.

Maka, Nasrani dan yahudi ini mula meniup semangat nasionalis terhadap umat islam dan hasilnya amatlah membanggakan. Kerajaan uthmaniah runtuh disebabkan semangat nasionalis membabi buta ini. Maka berlakulah pembahagian negara mengikut bangsa sebagaimana yang kita kenal sekarang ini.

Jika kita lihat negara di afrika, sempadan negara mereka seolah2 satu garis lurus kerana pihak barat dengan sewenang2nya memperuntukkan sempada untuk satu2 bangsa. Lahirnya negara arab saudi, iran, iraq, afghanistan dan lain2 adalah kerana perancangan licik nasrani juga.

Jika kita lihat situasi di timur tengah, negara arab mempunyai negara mereka sendiri. Parsi pun ada negara sendiri. Namun bagai mana dengan bangsa kurdis? Adakah mereka mempunyai negara mereka sendiri? Jawapannya tidak.

Ini kerana, mungkin kerana dendam maka mereka tidak diberi negara oleh Barat (kerana salahuddin merupakan bangsa kurdis).

Namun, Barat sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar. Ketiadaan negara kurdis menyebabkan kacau bilau di kawasan tersebut kerana ini mewujudkan ketidakstabilan dan pemberontakan. Hasilnya islam makin berpecah belah. Di afrika keadaan menjadi sangat parah kerana terlalu banyak negara bangsa yang terhasil.

Di kepulauan nusantara juga begitu, British dan Belanda telah berjaya memecahbelahkan kita dengan membahagikan kepulauan melayu kepada 2. Iaitu malaysia dan indonesia. Syukur kerana hubungan kita dan indonesia tetap juga rapat (mungkin kerana kita bukan dari bangsa yang berlainan).

PERSENJATAAN. amerika dan british umumnya negara pengeluar senjata terkemuka di dunia. Maka senjata2 ini juga digunakan untuk menghancurkan umat islam bak secara langsung dan tak langsung. Saya rasa anda faham mengenai secara langsung.

Namun yang paling berbahaya adalah secara tak langsung. Amerika menjual senjata2nya terhadap negara2 arab. Dan kemudian negara2 arab ini menggunakan senjata tersebut untuk berperang sesama sendiri. Untung amerika. Rugi negara arab. Contoh, dalam perang iraq-kuwait yang menjadi pencetus perang teluk 1. Dalam kes ini kedua2 negara dibekalkan senjata dari amerika. Dan amerika mendapat untung berbilion2 USD. Perang iran-iraq yang memakan masa lapan tahun juga didalangi amerika.

Banyak lagi contoh2 yang didalangi CIA dan M16 dan Mossad. Tak larat nak tulis. Jika berminat sila search di internet. Maklumat di hujung jari.

NAMUN, dalam keadaan sekarang, apa yang kita dapat lihat di Malaysia masih lagi terdapat kalangan yang MANGKUK memperjuangkan bangsa Melayu dan bukan memperjuangkan perpaduan Islam. Kononnya dengan menghunus keris lambang kedaulatan Melayu. Ape itu?? Keris je kan?

Ape yang kita dapat dengan memperjuangkan bangsa melayu? Hebat sangatkah melayu? Tau kah anda ekonomi malaysia 70-80% bukan org melayu yang pegang? Melayu hanya ada pada politik. Itu pun banyak politik yang murahan dan berpecah belah.

Bukankah konsep memperjuangkan bangsa ini berasal dari barat yang bukan dari islam. Bukankah Allah ada berfirman yang manusia dijadikan berbangsa2 untuk kenal mengenali. Jika bangsa melayu diperjuangkan, bagaimana dengan bangsa india dan cina yang menjadi saudara baru? Mereka bukan melayu. Tapi mereka ISLAM. Kita bersaudara kerana kita ISLAM. Maka perjuangkan lah persaudaraan ISLAM. Bukan assabiah bangsa.

Bukanlah maksud saya nak menentang semangat nasionalis, namun biarlah berpada2 dan berakal. Jika hanya melayu, kita takkan berjaya. Malaysia maju kerana kita berbilang kaum. Jika lihat filipina, indonesia, thailand dll, adakah mereka maju? Singapura juga maju kerana adanya melayu dan india dikalangan kaum cina.

Kerajaan khalifah maju kerana adanya percampuran bangsa.

Jika kita lihat amerika sendiri bukan beriman kepada negara bangsa. Mereka terdiri dari kalangan bangsa2 yang pelbagai. Memang betul british salah satu negara bangsa. Namun, populasi bukan inggeris di britain juga ramai dan mereka juga menyumbang kepada kemajuan britain.

Banyak negara bangsa yang gagal dan tidak mencapai status yang membanggakan. Israel lain kerana mereka ini spesial sedikit. Allah mengurniakan mereka kelebihan sejak dari zaman dahulu lagi namun kelebihan ini adalah untuk menguji mereka sama ada tahu bersyukur atau tidak.

Rasullullah sendiri memberi amaran tentang sikap assabiah ini. Bangsa arab menjadi hina juga kerana sikap assabiah yang membuta tuli. Namun rasulullah wujudkan perpaduan dikalangan mereka, dan hasilnya mereka dapat menguasai dunia atas nama islam. Bukan atas nama arab atau kurdis atau parsi.

Kepada rakyat malaysia yang begitu takjub kepada bangsa, usah la takjub kepada fahaman sempit. Namun bersatulah anda dalam Islam dan bekerjasamalah dengan kaum kafir zimmi kerana ianya menyerlahkan lagi kemuliaan Islam. Hentikan dari terpengaruh dengan situasi di malaysia yang berapi2 memperjuangkan konsep bangsa. Kita hidup sebagai rakyat malaysia. Allah dan Rasul tidak melarang kita bekerjasama dengan kafir Zimmi. Yang wajib diperangi adalah kafir Harbi.

-aspirasi dari tulisan mufti perlis, Dr asri (http://drmaza.com/). Karangan Metal Militia (Panglima Lancang Kuning Nusantara)-

wei org kampung!!

REALITI AL-NAKBAH...60 TAHUN..60 TAHUN..

Tarikh 15 Mei 2008 lalu disambut dengan penuh gemilang. Ribuan manusia membanjiri jalan-jalan raya di kota besar seperti London, berarak beramai2 sambil membawa slogan “Go to hell Israel” , “Give back Palestin” dan banyak lagi.

Jadi apakah sebenarnya yang terjadi semasa 15 Mei tersebut?

Disoroti kembali sejarah...

Theodor Herzl, nama yang cukup tidak asing dalam dunia yahudi. Dialah makhluk yang mengutarakan cadangan penubuhan negara yahudi ini dalam buku tulisannya Der Jundenstaat. Mangkuk ini juga telah mengutarakan beberapa prinsip assabiah iaitu

1. Orang-orang Yahudi, dimanapun juga mereka berada di permukaan bumi ini, di negara manapun juga mereka bertempat tinggal akan tetap saja merupakan sebuah "bangsa" yang tunggal.

2. Mereka selamanya dan di mana sajapun selalu menjadi korban pengejaran.

3. Mereka sama sekali tidak dapat diasimilasikan oleh negara-negara dimana mereka telah bertempat tinggal sekian lamanya (sangkaan yang sama yang juga ada pada orang-orang antisemit serta orang-orang rasialis).7

Bertitik tolak dari kelahiran prinsip2 sedemikian, maka lahirlah satu fahaman yang dinamakan Zionisme, dengan mangkuk theodor sebagai pengasas dan didukung oleh cawan2 dan piring2 yang lain2 seperti Amerika syarikat dan British. Dan pada tahun 1897, kongres yahudi sedunia telah diadakan. Maka bermulalah usaha2 yahudi ini dalam melobi sokongan antarabangsa dalam merencanakan penubuhan israel.

British yang pada masa itu merupakan kuasa terbesar dunia (umpama Amerika Syarikat sekarang) bersetuju untuk memperuntukkan satu negara tunggal kepada masyarakat yahudi. Beberapa negara telah dicadangkan untuk menjadi negara yahudi tunggal di dunia. Antaranya algeria (atau nigeria, aku terkonfius tiba2) dan ada satu lagi negara lain tapi aku lupa gak. Dan juga palestin semestinya yang pada masa itu berada dalam mandat pemerintahan British selepas kejatuhan empayar Uthmaniah.

Akhirnya, palestin telah dipilih kerana sebab2 keturunan dan agama yahudi itu sendiri yang kononnya Allah menjanjikan bahawa tanah itu adalah tanah mereka (namun mereka lupa yang mereka sendiri pada zaman nabi musa begitu angkuh dan bongkak sehingga ketika musa mengajak mereka berjihad membebaskan palestin, mereka ingkar dan menyuruh musa sahaja yang pergi. Akibatnya mereka disesatkan oleh Allah di padang pasir gurun selama 40 tahun. Dan sekarang secara tiba2 mereka mengatakan negara palestin itu adalah milik mereka. Pelik bukan?)

Terdapat juga satu lagi cerita mengenai pembahagian tanah palestin di antara kaum nabi luth dan nabi ibrahim dalam kitab suci yahudi (tak perlu diterangkan panjang2 sbb aku sendiri tak ingat. Jika berminat sila search di internet. Informasi di hujung jari.)

Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Hendak di pendekkan cerita, melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadang membahagikan Palestin kepada negara untuk Yahudi dan negara untuk Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan Arab 1936-1939 di Palestin.

Dalam menghadapi keganasan yang memuncak, kerajaan Britain menyerahkan masalah untuk diselesaikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% tanah yang didiami oleh 82% orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.

Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya adalah 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Semua negara Arab menolak pelan tersebut dan mencadangkan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa kerana tindakan Perhimpunan Agung yang melanggar hasrat majoriti penduduk Palestin. Cadangan negara Arab ini tidak mendapat sokongan. Pembahagian akan berkuatkuasa sebaik sahaja Britain berundur dari wilayah Palestin iaitu pada 15 Mei 1948.

Antara negara terawal yang mengiktiraf Israel adalah Amerika Syarikat yang dibuat dalam masa 11 minit selepas perisytiharan. Ini diikuti oleh Iran (yang pada masa itu masih di bawah Shah), Guatemala, Iceland, Nicaragua, Romania dan Uruguay. Kesatuan Soviet mengiktiraf Israel pada 17 Mei 1948, diikuti oleh Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ireland dan Afrika Selatan.

MAKA BERMULALAH AL – NAKBAH...

Penghijrahan yahudi ke palestin penuh kekejaman. Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman
pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir
lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang
daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu
yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai
rakyat
Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April
1948
yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-
orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan
PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar
dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu,
wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin
dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula
telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan
dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan, “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara
saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan
senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah
perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang
telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.
Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau
peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai
alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan
dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin
di sana serta
menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri
bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan
rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui
perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya
mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-
resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-
orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

SELAIN ITU...

Nakbah ini juga bagi memperingati kegagalan bangsa arab yang kononnya juga bangsa pilihan Allah dan mempunyai kemuliaan tersendiri dari memelihara tanah palestin itu sendiri.

Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Jalur Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah Mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.

Dapatkah anda bayangkan israel yang besar kelemboi itu telah berjaya mengalahkan mesir, jordan, syria dll? Jika di atas kertas, dengan sekali harum sahaja israel akan dapat dikalahkan walaupun mereka mendapat sokongan dari mangkuk2 dan piring2 seperti amerika syarikat dll. Namun kekalahan mereka ini bukanlah kerana bantuan amerika syarikat terhadap israel, tetapi kerana tidak mendapat pertolongan Allah dan strategi2 yang tah apa2.

Disebutkan juga dalam satu artikel yang saya tidak ingat dari mana, ketika peprangan tersebut, jeneral2 dan panglima2 arab berbalah mengenai strategi yang patut digunakan. Maka berlaku perpecahan dan lain2 lagi dikalangan para jeneral.

Selain itu, tentera2 yang terlibat dalam peperangan juga dikatakan berada dalam keletihan kerana mereka juga terlibat dalam konflik dengan yaman dan juga2 konflik2 lain sesama negara arab.

Disebutkan juga, keadaan tentera2 yang terlibat dalam peperangan juga bukanlah dari kalangan tentera kelas pertama, namun tentera2 kelas ketiga dari segi akhlak dan lain2. Mereka dikatakan meminum arak dan suka berpoya-poyo. Jika inilah keadaannya, bagaimana nak menang? Bukankah yang membezakan kita dan musuh kita hanyalah perbuatan maksiat? Jika bukan kerana perbuatan maksiat musuh kita, kita dan musuh kita sebenarnya adalah sama. Jadi jika kita sendiri melakukan maksiat, adakah kita mempunyai peluang untuk menang? Sesungguhnya kemenangan dalam sesuatu perkara itu adalah kurniaan Allah..

Gamal abd nasser, pemimpin mesir yang terbilang telah melakukan langkah terpuji dengan segera menyerang israel. Namun, ada pihak berpendapat, niat gamal itu bukanlah atas niat ingin membantu umat islam, namun semata2 atas ingin menjaga maruah bangsa arab. Mereka berperang kerana ingin menjaga kemuliaan bangsa arab. Jika niat sendiri bukan terhadap agama Allah, jadi bagaimana Allah ingin menolong tentera2 muslimin tersebut?

Baginda Nabi Muhammad sendiri telah memberikan amaran kepada sikap ‘asabiyyah iaitu perkauman atau berpuak yang membawa kepada kezaliman. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliah”. (Riwayat Muslim).

Adakah bangsa arab itu adalah bangsa yang mulia? Sesungguhnya, bangsa arab itu adalah bangsa yang paling hina sekali sebelum kedatangan Islam. Islamlah yang mengangkat bangsa arab menjadi bangsa yang mulia. Akibat tidak menjaga Islam, jadilah bangsa arab bangsa yang hina seperti sekarang. Maka, hanya islamlah yang dapat memuliakan kita.

Selain dari perang arab-israel, bangsa arab juga mengalami kekalahan dalam perang enam hari (perang yom kippur), perang lebanon, perang teluk dan lain2. Kekalahan terhadap umat muslimin ini juga merupakan petanda yang umat islam sekarang berada di bawah, dan dalam perjalanan untuk keatas. Sesungguhnya, Allah berkuasa untuk mengangkat sesuatu kaum, dan berkuasa meruntuhkan sesuatu kaum.

MAKA 15 MEI 1948, MERUPAKAN PERMULAAN HARI MALAPETAKA BAGI UMAT ISLAM..

DAN KINI IA SUDAH MENJANGKAU ENAM PULUH TAHUN..ENAM PULUH TAHUN..

ENAM DEKAD NAKBAH

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan
Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat
Palestin
seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun
mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.
Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 %
dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama
umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil
Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang
tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu
di kalangan mereka
kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah
orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi
sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan
rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta
kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak
mereka untuk belajar
sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke
pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat
yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu.

Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza
yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.

Jadi, dimanakah kita selaku umat islam sekarang? Apa yang perlu kita lakukan? Adakah memadai dengan mengangkat senjata dan pergi ke lebanon, palestin? Memadaikah ambil bom buh dalam baju pastu letupkan?

Ketahuila umat muslimin dan muslimat sekalian, dalam menghadapi israel zaman sekarang, kita tak perlukan senjata.

KERANA Israel mempunyai ekonomi yang maju, dan juga maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.

Dimanakah kedudukan negara islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Ketenteraan, Israel mendapat bantuan dari amerika syarikat sebanyak AS$30 bilion. Satu angka yang cukup besar. Tentera Israel juga mempunyai kelengkapan antara yang tercanggih di dunia dan merupakan produksi mereka sendiri disamping pertolongan amerika.

Dimanakah kemajuan ketenteraan umat islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Teknologi2 sains usah cerita, hampir semua kelengkapan teknologi kita dihasilkan oleh yahudi sama ada yahudi eropah, amerika, atau israel itu sendiri.

Dimana kemajuan teknologi orang islam? Saya rasa anda tahu jawapannya.

Makanya, adakah mampu anda melawan Israel?

Anda tahu jawapannya.

Jadi, kita ada satu kekuatan. Iaitu ekonomi. Allah kurniakan kita minyak. Yang subhanallah amatlah berguna untuk menjadi senjata.namun, ianya dikawal oleh boneka2 barat.

Maka, apa yang kita perlukan sekarang adalah ilmu. Duniawi ukhrawi. Dengan ilmu, insyaallah dimasa akan datang kita akan dapat mengalahkan israel. Dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam sebagaimana yang telah dijanjikan.

Bye.

-segala data, fakta nombor dll diperolehi dari laman web majlis syura muslimun, wikipedia dan blog2 di internet. Segala data diolah semula oleh Metal Militia (Panglima Lancang Kuning Nusantara). Sebarang kesilapan data adalah amat dikesali. Sila ambil plot cerita sebagai pedoman. Terima kasih.-

Penulis merupakan seorang mamat yang tak ada kerja dek kerana bosan membaca latin.

Friday, May 23, 2008

hati dan jantung...

Pertama sekali, Assalamualaikum (peace upon you!) rakan-rakan.
Tatkala sibuk mengejar kepuasan dunia (belajar untuk peperiksaan, bermain dan bersukan untuk kesihatan fizikal, menonton filem untuk menghilangkan rasa bosan) aku alpa untuk memuaskan keperluan penting diri iaitu - muhasabah diri. Nasib baik siti aisyah nadia post! Hehe, kalau tak memang merosot lawatan aku ke blog ni.

(hmm... walaupun mempunyai tanggungjawab terhadap blog-blog lain, rasanye blog ini cukup bermakna :) untuk aku ler... sedih wor~ sebab da lama tak hantar post! maaf rakan-rakan, hampir terkubur kehadiranku di sini!)

Berbalik kepada topik malam ini. HATI dan JANTUNG. Dan kekeliruan masyarakat kite tentang kedua-dua organ ini. :)

Perasan tak, bile kite rasa sedih kan, dan kite nak sampaikan kat orang lain, kite tunjuk kat kawasan pectoral (aka dada) dan akan cakap:

"Hati aku rasa sakit lah."

Hmm... rasenya, setelah berkecimpung lama dalam bidang perubatan (riak dan takbur sungguh!).

Maaf, maaf!

Gurauan para pembaca!

Maksud aku, setelah belajar subjek anatomi berkisarkan ruangan pericardium dan ruangan abdomen, sudah terang lagi bersuluh yang hati itu adelah:
a. ketulan organ of entodermal origin
b. terletak betul-betul di bawah diaphragm, sebelah kanan, tersorok dari pandangan dengan bantuan rakan-rakan bernama costae (costae -> sama dengan tulang rusuk kot... hmm betulkah? wah, merudum nampaknya perbendaharaan kataku)
c. dan ia kekal di kawasan itu dengan bantuan ligamen-ligamen berserta tekanan daripada ruang abdomen
d. maka, ia bukanlah terletak di kawasan pectoral!

Jadi macam mana sekarang?

Apa pulak yang terletak di sebalik kawasan dada yang selalu sahaja kite kaitkan dengan perasaan tu?

-Ya!

-Bagus rakan-rakan!

-Tekaan anda betul! Itulah dia, ruang pericardium (dalam bahasa Greek, peri - sekeliling, dan Latin, cardium - merujuk kepada JANTUNG) dan di dalamnya, organum (Latin untuk organ) cardia (Latin untuk jantung), aka jantung!

Lihat, hati dan jantung adelah dua entiti berbeza rakan-rakan!

Oleh yang demikian, lepas ni aku sarankan untuk kite same-same sama ada:
a. kalau rasa sakit kat kawasan dada tu, kite cakap la "adeyh, sakit jantung aku" atau;
b. kalau nak cakap "adeyh, sakit hati aku" jugak, tunjuklah ke kawasan yang betul iaitu di area abdominalis lateris dextri in area costa palpare (Latin untuk - bahagian depan abdomen sebelah kanan, kat mana kite boleh rase tulang rusuk)

Kih kih kih. Kepada yang membaca, sebarkanlah kebenaran ini. Semoga kite semua bertambah pengetahuan am!

[Hmm... nampaknya seperti post pertama aku yang bukan berunsur rohani kat rianoraandfriends ni (betulkah ahli fikir yang lain?)]

Sunday, May 18, 2008

sahabat sejati.

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

taken from someone's blog