salam rabu,
ini pertama kalinya saya menulis dalam 'help is on the way' ni. terima kaseh zizi sebab jemput saya join venture dalam blog ni. saya pun bukanlah pandai sangat menulis. tapi mungkin saya boleh share sket2 apa apa saja yang boleh motivasikan kita.
dalam hidup kita tak lari dari perasaan sedih dan hampa kan? sedih sebab rindukan keluarga yang jauh dan kawan kawan lama. sedih sebab keputusan peperiksaan dan ujian yang tak bagus. sedih ditinggal dan disisihkan. sedih sebab diktikam dari belakang oleh kawan baik sendiri dan banyak lagi sebab yang menyebabkan kita berasa dukacita dan tak gembira.
dan disini saya ada 10 kaedah untuk melupakan kesedihan dan hidup gembira. diambil dari buku 'don't be sad' tulisan 'aidh bin abdullah al-qarni.
1. lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada benda yang telah berlalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
2. jangan sibukkan diri anda dengan masa depan, kerna ianya masih berada di alam ghaib. jangan fikirkan, biarlah ia datang dengan sendirinya.
3. jangan mudah tergoncang dengan kritikan. jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan itu.
4. beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
5. sesiapa mengkehendaki ketenangan, kedamaian, dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
6. kita perlu sedar bahawa setiap yang berlaku adalah berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.
7. jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
8. siapkan diri kita untuk menerima kemungkinan yang terburuk dalam hidup ni kerna mungkin kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri kita.
9. sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. bak kata pepatah, 'bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian'.
10. kedengkian dan keinginan kita yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan diri kita sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
saya harap saya dah legakan hati anda sedikit hari ni. jika hari ini anda berasa sangat sedih, menangislah puas puas. dan hari esok, mulakan hari anda dengan senyuman dan jangan menangis meratap sedih lagi. sesungguhnya sedih itu hanya akan menikam mati jiwa kita.
gud-day (:
1 comment:
langit tak selalu cerah... n pengajaran serta pengalaman tu perlu utk survival.. so, jgn sedey2...
lgpun, bile kite sedey, nnt org lain akn turut bersedey bersama kite n mesti kite x nak org yg disayangi bersedey sbb kite kn?? huhu~
Post a Comment