Saturday, January 19, 2008

Menyelami paleStin..

Alrite my sahabat2 sekalian..

Aku muncul lagik buat kalik kedua..contengan aku buat kali pertama di bumi org yg indah ini.( chewah)

Mule2 sampai mmg bapak best gile ah..gile pon tak best cmnih woo..tp mmg giler wa ckp sama lu..

Namun..kenangan bersama hari pertama makin pudar ditelan zaman..skng nih gua tensen..segalanya tak mnjadi..munkin ada hikmah..ujarku penuh kesedihan..

Aku sbnrnya tak tau nak tulis pe..cume aku tulis nih just nak tnjukkan yg aku masih wujud di dalam blog nih..

Kalau ngkorg nak tau..wkt kat oversea nih la korg akn nmpak sape kawan korg..dn sape musuh korg..wpun korg ada musuh kat sini..musuh tu la yg akn mmbntu korg..moral mudahnya, kawan jek ngn sape2 pon wpun kite tak ske dia..

Ish..pe aku nak tulis nih...takde idea dowh..

Err..kat Czech ada musim sejuk..mesia takde..hehe..err..kat Czech awek lawa maa!! Siyes..

Mesin basuh baju kat sini ada jenama gorenje..cm nama pencuci kepala lutut lak..

Ahhh..aku dah merepek...muahahaha neenoo neenooo huk3...tebaaaboooom!!

Okey2..korg nak dengar tak crite intifada?crite nih agak panjang..dan aku yakin korg takkan baca habis punya..sape dapat habiskan tuh tahniah la..

Aku rase korg penah dengar kot..meh aku nak cite sket..nih bukan lagu intifada olrite..

Intifadah bermaksud kebangkitan. Intifadah Palestin merujuk kepada kebangkitan semula rakyat Palestin dalam rangka menentang penindasan dan penjajahan rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara tersebut.

Tarikh 9 Disember 1987 iaitu bermulanya Intifadah Palestin cukup bermakna bagi mereka semua sama ada yang tinggal di Palestin mahupun di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara lain.

Org palestin juga mempunyai kehidupan mereka sndiri.. mereka jugak berhak ada kehidupan..namun kedatangan zionis mngubah segala2nya...umah takde..kebun kena tolak dll..maka darik kekejaman sebeginilah munculnya intifada..atau pun dalam bahasa Israel kumpulan pemberontak atau terrorist..

Niat dorg bukan besar mana pon..cume pulangkan balik tanah aku yg ko ambik..dan bagik balik harta aku..tuh jek...

Intifada nih bukannya kejadian yang besar jika dibandingkan dengan siri keganasan bersifat kebinatangan dilakukan oleh puak Yahudi Zionis ini. Namun peristiwa ini telah memangkinkan semangat dan daya juang rakyat Palestin demi pembebasan negara Palestin yang berdaulat.

Di awal pagi 9 Disember 1987, Intifadah bermula selepas solat Subuh dengan kehadiran ribuan rakyat Palestin yang bangkit untuk mengembalikan hak dan maruah mereka yang telah dirampas oleh pendatang Yahudi Zionis.

Senjata tunggal yang digunakan mereka untuk menentang kecanggihan dan kekuatan rejim Zionis hanyalah dengan batu-batu di jalanan. Kanak-kanak, remaja dan para pemuda bangkit dengan penuh keberanian untuk berhadapan dengan kereta-kereta kebal Israel. Intifadah telah menghilangkan rasa takut dan rendah diri di kalangan mereka malahan telah membawa perubahan baru yang sangat bermakna buat mereka semua.

Di antara objektif utama Intifadah ialah untuk menaikkan semangat dan memperkuatkan keyakinan mereka terhadap keadilan Allah, membuang rasa putus harapan dalam berhadapan dengan penjajahan musuh, menggoyah rasa ego Israel serta menggoncang psikologi mereka.

Ia juga bertujuan menyekat kekuasaan ekonomi Israel dan mengurangkan penghijrahan Yahudi sedunia ke Palestin serta menaikkan kembali kesedaran bahawa isu Palestin adalah isu sejagat kepada semua orang-orang Arab, Muslim dan pentas dunia antarabangsa.

Rejim Israel bingkas bertindak berhadapan dengan para remaja yang bersenjatakan batu-batu jalanan ini dengan tindakan ganas menangkap atau menembak mereka secara membabi buta.

Gambaran ini dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen antarabangsa yang telah menimbulkan kecaman antarabangsa kepada Israel. Namun mereka terus memekakkan telinga terhadap kritikan-kritikan tersebut.

Amerika sendiri meminta Israel menggunakan cara selain daripada menembak para remaja yang tidak bersenjata ini. Namun Yitzhak Rabin, yang merupakan menteri pertahanan Israel pada ketika itu telah mengumumkan kaedah baru bagi mematikan Intifadah iaitu dengan mematahkan tulang-tulang para remaja dan pemuda Palestin yang ditangkap.

Rejim Israel terus mengganas dengan merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin, memperluaskan kawasan pendatang Yahudi serta memperluaskan penangkapan dan pemenjaraan terhadap rakyat Palestin.

Walaupun seksaan dan penangkapan secara tersusun dilakukan oleh rejim Zionis, namun ia tidak mematahkan semangat juang rakyat Palestin yang rata-rata bersemangat untuk menuntut hak dan keadilan kemanusiaan yang telah pun lama luput di dalam diari kehidupan mereka.

Menurut Dr. Mohsein Soleh, Pengarah Institut Zaytouna yang berpangkalan di Beirut, rakyat Palestin terpaksa membayar harga yang terlalu mahal dengan berlakunya Intifadah tetapi fasa yang berlalu juga turut digunakan untuk membersihkan masyarakat Palestin daripada penyakit-penyakit sosial yang turut menyerang masyarakat mereka. Semakin ramai di kalangan masyarakat awam mereka menginsafi situasi sebenar yang menimpa mereka dan kini gigih bekerja demi survival umat serta kedaulatan bumi Palestin.

Secara umumnya, ekonomi Israel juga goyah dengan Istifadah yang berpanjangan. Lebih 4,000 pasar raya telah ditutup. Kadar kedatangan dan aktiviti pelancongan di Israel turut merudum kesan kebangkitan generasi muda Palestin.

Buat kali pertamanya, Israel merasakan bahawa mereka telah hilang rasa keselamatan dan semakin ramai daripada pendatang Yahudi membawa diri ke negara asal mereka di Rusia, Poland, Amerika Syarikat dan lain-lain. Sebagai contohnya, di antara tahun 1989-2000 sahaja, lebih sejuta Yahudi Rusia telah berhijrah ke Palestin. Namun kesan dari Intifadah, kadar penghijrahan berkurangan dan lebih daripada 600, 000 orang Yahudi telah melarikan diri dari Palestin. Berita ini tidak diumumkan di media antarabangsa kerana ia hanya akan menjatuhkan maruah mereka.

Rejim Zionis Israel mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat Palestin dan terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun berkompromi untuk berhadapan dengan Intifadah. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangani permasalahan yang terus berpanjangan. Walaupun puluhan malahan ratusan resolusi telah dikeluarkan oleh PBB bagi menangani hak-hak rakyat dan pelarian Palestin, namun rejim Yahudi Zionis tidak pernah serius untuk melaksanakannya.

Sesungguhnya 9 Disember 1987 adalah tarikh yang begitu bermakna buat rakyat Palestin khususnya apabila mereka menerima suntikan kebangkitan demi survival umat dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa serta bumi Palestin yang telah dijajah sejak 60 tahun lalu.

So ini lah sedikit sebanyak ape yg aku dapat dari artikel * DR. ZAINURRASHID ZAINUDDIN, Perunding Aman Palestin.

Maka korg boleh pilih nak sokong atau tidak intifada nih..mungkin ada antara korg terpengaruh dgn dakyah amerika dan Israel...dan korg menentang intifadah..namun fikirkan la..kerajaan palestin terbahagi dua..satu hamas..satu fatah..dorg penah berkerjasama..then gado..yg melagakan dorg adalah amerika dn yahudi sndiri..kalau korg jenis yg berminat dengan peristiwa2 nih korg mst tau punya..namun salah org islam gak sbb bodo mudah dimain2kan oleh amerika dan Israel gara2 wang..

Fatah menggunakan skil diplomasi dan berlemah lembut..yg pada pandangan aku mnyebabkan Mahmoud Abbas nih cm boneka jek..sama cam Malaysia tentang british..Cuma pemimpin kita bijak2 dan musuh juga berbeza2..

Hamas lak guna skil yg berasaskan perjuangan..Ismael Haniyeh punya pemikiran sama cm Indonesia tentang belanda..namun cara ini juga mnybbkn islam dipndang kejam dan lain2..

Kita hanya mmpu bersabar...menentang pabila ditentang..sesungguhnya kita berada di bawah skng..dan kite sbg islam hndaklah yakin..takkan datangnya kiamat selagi islam tak berada di atas..takkan dtgny kiamat selagi belum terjadi perang kuffar..perang maha dahsyat sehingga diramalkan burung yg terbang di atas medan perang pon akan mati..akan bangkit 3 golongan muslim, dan hanya golongan ketiga akn menang..yang lain akan gugur syahid..

Namun utk capai kemenangan tuh kita bukannya memerlukan snjata dan tembak mmbabi buta..kita juga memrlukan strategi yg ampuh..rohani yang kuat dan ilmu di dada..tu yg pnting..bukan just g rampas kapal terbang ambik bom terus letup..tebaabooom!!

Bye.

2 comments:

neneknora said...

huhu~ first time bace blog politik2 nih.. keep the info coming ye metal militia!
anw... ape yg ak nmpk ler.. key kat sini.. kite kene bersatupadu.. the big picture --> bersatu padu islam sedunia..
but to get there, sesame kite sdri (ie umat Islam kat negara kite) pun mestila bersatupadu.. stat dr institusi plg kecil, keluarga..
cthnye: kalau di kalangan adik beradik pun boleh putus hubungan disebabkn harta, agkny, mampu ke kite nak memikul cabaran yg lebih besar, menetang penjajah yg meruntuhkn agama kite?
come on la korg, wake up! kalau kite x paham ape tu ukhuwah, kalau dgn sedara kite sendiri pun tak boleh bertolak ansur, bersedialah utk melihat lebih ramai terkorban. stakat kite berkorban harta, ape la sgt nak dibandingkn dgn org yg berkorban jiwa raga demi agama...
so, sementara kesempatan masih ade, perbaikilah hubungan sesama sedara Islam, kemudian dengan seluruh umat sejagat..
ak sarankn, dgr lagu 'sing children of the world' by yusuf Islam.. dgr n hayati lagu tu, Islam will unite us all.. insyaAllah

MetaL MilitiA said...

bapak ah zizi punya comment..mmg komen yg bersatu lagik padat..aku rase ko sorg jek yg baca sampai habis..tq2 sbb baca..tak sia2 la aku menaip darik malam sampai tengah malam..hehe...