Wednesday, January 23, 2008

pertama

salam rabu,

ini pertama kalinya saya menulis dalam 'help is on the way' ni. terima kaseh zizi sebab jemput saya join venture dalam blog ni. saya pun bukanlah pandai sangat menulis. tapi mungkin saya boleh share sket2 apa apa saja yang boleh motivasikan kita.

dalam hidup kita tak lari dari perasaan sedih dan hampa kan? sedih sebab rindukan keluarga yang jauh dan kawan kawan lama. sedih sebab keputusan peperiksaan dan ujian yang tak bagus. sedih ditinggal dan disisihkan. sedih sebab diktikam dari belakang oleh kawan baik sendiri dan banyak lagi sebab yang menyebabkan kita berasa dukacita dan tak gembira.

dan disini saya ada 10 kaedah untuk melupakan kesedihan dan hidup gembira. diambil dari buku 'don't be sad' tulisan 'aidh bin abdullah al-qarni.

1. lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada benda yang telah berlalu merupakan kebodohan dan kegilaan.

2. jangan sibukkan diri anda dengan masa depan, kerna ianya masih berada di alam ghaib. jangan fikirkan, biarlah ia datang dengan sendirinya.

3. jangan mudah tergoncang dengan kritikan. jadilah orang yang teguh pendirian, dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan itu.

4. beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.

5. sesiapa mengkehendaki ketenangan, kedamaian, dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.

6. kita perlu sedar bahawa setiap yang berlaku adalah berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

7. jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

8. siapkan diri kita untuk menerima kemungkinan yang terburuk dalam hidup ni kerna mungkin kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri kita.

9. sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. bak kata pepatah, 'bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian'.

10. kedengkian dan keinginan kita yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan diri kita sendiri, lebih besar dari bahaya yang akan menimpa pihak lawan.

saya harap saya dah legakan hati anda sedikit hari ni. jika hari ini anda berasa sangat sedih, menangislah puas puas. dan hari esok, mulakan hari anda dengan senyuman dan jangan menangis meratap sedih lagi. sesungguhnya sedih itu hanya akan menikam mati jiwa kita.

gud-day (:

Sunday, January 20, 2008

ahli baru...

Salam semua.. selaku moderator blog rianora, hari ni, nak announce bahawa, kite ade ahli baru!!!
Ow yeah~ Nama die? ctaisyahnadea... hohoho..
Pape pun, nak ucapkan welcome and all the best to our new contributor!
Bbashaaa!!!

hehe..no offence

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..

Suami bin Lelaki

17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Lagu tema Blog nih..

Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Sebab musabab lagu nih dipilih..aku rase biar nenek yg terangkan..

Saturday, January 19, 2008

Menyelami paleStin..

Alrite my sahabat2 sekalian..

Aku muncul lagik buat kalik kedua..contengan aku buat kali pertama di bumi org yg indah ini.( chewah)

Mule2 sampai mmg bapak best gile ah..gile pon tak best cmnih woo..tp mmg giler wa ckp sama lu..

Namun..kenangan bersama hari pertama makin pudar ditelan zaman..skng nih gua tensen..segalanya tak mnjadi..munkin ada hikmah..ujarku penuh kesedihan..

Aku sbnrnya tak tau nak tulis pe..cume aku tulis nih just nak tnjukkan yg aku masih wujud di dalam blog nih..

Kalau ngkorg nak tau..wkt kat oversea nih la korg akn nmpak sape kawan korg..dn sape musuh korg..wpun korg ada musuh kat sini..musuh tu la yg akn mmbntu korg..moral mudahnya, kawan jek ngn sape2 pon wpun kite tak ske dia..

Ish..pe aku nak tulis nih...takde idea dowh..

Err..kat Czech ada musim sejuk..mesia takde..hehe..err..kat Czech awek lawa maa!! Siyes..

Mesin basuh baju kat sini ada jenama gorenje..cm nama pencuci kepala lutut lak..

Ahhh..aku dah merepek...muahahaha neenoo neenooo huk3...tebaaaboooom!!

Okey2..korg nak dengar tak crite intifada?crite nih agak panjang..dan aku yakin korg takkan baca habis punya..sape dapat habiskan tuh tahniah la..

Aku rase korg penah dengar kot..meh aku nak cite sket..nih bukan lagu intifada olrite..

Intifadah bermaksud kebangkitan. Intifadah Palestin merujuk kepada kebangkitan semula rakyat Palestin dalam rangka menentang penindasan dan penjajahan rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara tersebut.

Tarikh 9 Disember 1987 iaitu bermulanya Intifadah Palestin cukup bermakna bagi mereka semua sama ada yang tinggal di Palestin mahupun di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara-negara lain.

Org palestin juga mempunyai kehidupan mereka sndiri.. mereka jugak berhak ada kehidupan..namun kedatangan zionis mngubah segala2nya...umah takde..kebun kena tolak dll..maka darik kekejaman sebeginilah munculnya intifada..atau pun dalam bahasa Israel kumpulan pemberontak atau terrorist..

Niat dorg bukan besar mana pon..cume pulangkan balik tanah aku yg ko ambik..dan bagik balik harta aku..tuh jek...

Intifada nih bukannya kejadian yang besar jika dibandingkan dengan siri keganasan bersifat kebinatangan dilakukan oleh puak Yahudi Zionis ini. Namun peristiwa ini telah memangkinkan semangat dan daya juang rakyat Palestin demi pembebasan negara Palestin yang berdaulat.

Di awal pagi 9 Disember 1987, Intifadah bermula selepas solat Subuh dengan kehadiran ribuan rakyat Palestin yang bangkit untuk mengembalikan hak dan maruah mereka yang telah dirampas oleh pendatang Yahudi Zionis.

Senjata tunggal yang digunakan mereka untuk menentang kecanggihan dan kekuatan rejim Zionis hanyalah dengan batu-batu di jalanan. Kanak-kanak, remaja dan para pemuda bangkit dengan penuh keberanian untuk berhadapan dengan kereta-kereta kebal Israel. Intifadah telah menghilangkan rasa takut dan rendah diri di kalangan mereka malahan telah membawa perubahan baru yang sangat bermakna buat mereka semua.

Di antara objektif utama Intifadah ialah untuk menaikkan semangat dan memperkuatkan keyakinan mereka terhadap keadilan Allah, membuang rasa putus harapan dalam berhadapan dengan penjajahan musuh, menggoyah rasa ego Israel serta menggoncang psikologi mereka.

Ia juga bertujuan menyekat kekuasaan ekonomi Israel dan mengurangkan penghijrahan Yahudi sedunia ke Palestin serta menaikkan kembali kesedaran bahawa isu Palestin adalah isu sejagat kepada semua orang-orang Arab, Muslim dan pentas dunia antarabangsa.

Rejim Israel bingkas bertindak berhadapan dengan para remaja yang bersenjatakan batu-batu jalanan ini dengan tindakan ganas menangkap atau menembak mereka secara membabi buta.

Gambaran ini dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen antarabangsa yang telah menimbulkan kecaman antarabangsa kepada Israel. Namun mereka terus memekakkan telinga terhadap kritikan-kritikan tersebut.

Amerika sendiri meminta Israel menggunakan cara selain daripada menembak para remaja yang tidak bersenjata ini. Namun Yitzhak Rabin, yang merupakan menteri pertahanan Israel pada ketika itu telah mengumumkan kaedah baru bagi mematikan Intifadah iaitu dengan mematahkan tulang-tulang para remaja dan pemuda Palestin yang ditangkap.

Rejim Israel terus mengganas dengan merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin, memperluaskan kawasan pendatang Yahudi serta memperluaskan penangkapan dan pemenjaraan terhadap rakyat Palestin.

Walaupun seksaan dan penangkapan secara tersusun dilakukan oleh rejim Zionis, namun ia tidak mematahkan semangat juang rakyat Palestin yang rata-rata bersemangat untuk menuntut hak dan keadilan kemanusiaan yang telah pun lama luput di dalam diari kehidupan mereka.

Menurut Dr. Mohsein Soleh, Pengarah Institut Zaytouna yang berpangkalan di Beirut, rakyat Palestin terpaksa membayar harga yang terlalu mahal dengan berlakunya Intifadah tetapi fasa yang berlalu juga turut digunakan untuk membersihkan masyarakat Palestin daripada penyakit-penyakit sosial yang turut menyerang masyarakat mereka. Semakin ramai di kalangan masyarakat awam mereka menginsafi situasi sebenar yang menimpa mereka dan kini gigih bekerja demi survival umat serta kedaulatan bumi Palestin.

Secara umumnya, ekonomi Israel juga goyah dengan Istifadah yang berpanjangan. Lebih 4,000 pasar raya telah ditutup. Kadar kedatangan dan aktiviti pelancongan di Israel turut merudum kesan kebangkitan generasi muda Palestin.

Buat kali pertamanya, Israel merasakan bahawa mereka telah hilang rasa keselamatan dan semakin ramai daripada pendatang Yahudi membawa diri ke negara asal mereka di Rusia, Poland, Amerika Syarikat dan lain-lain. Sebagai contohnya, di antara tahun 1989-2000 sahaja, lebih sejuta Yahudi Rusia telah berhijrah ke Palestin. Namun kesan dari Intifadah, kadar penghijrahan berkurangan dan lebih daripada 600, 000 orang Yahudi telah melarikan diri dari Palestin. Berita ini tidak diumumkan di media antarabangsa kerana ia hanya akan menjatuhkan maruah mereka.

Rejim Zionis Israel mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat Palestin dan terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun berkompromi untuk berhadapan dengan Intifadah. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangani permasalahan yang terus berpanjangan. Walaupun puluhan malahan ratusan resolusi telah dikeluarkan oleh PBB bagi menangani hak-hak rakyat dan pelarian Palestin, namun rejim Yahudi Zionis tidak pernah serius untuk melaksanakannya.

Sesungguhnya 9 Disember 1987 adalah tarikh yang begitu bermakna buat rakyat Palestin khususnya apabila mereka menerima suntikan kebangkitan demi survival umat dan kemuliaan Masjid Al-Aqsa serta bumi Palestin yang telah dijajah sejak 60 tahun lalu.

So ini lah sedikit sebanyak ape yg aku dapat dari artikel * DR. ZAINURRASHID ZAINUDDIN, Perunding Aman Palestin.

Maka korg boleh pilih nak sokong atau tidak intifada nih..mungkin ada antara korg terpengaruh dgn dakyah amerika dan Israel...dan korg menentang intifadah..namun fikirkan la..kerajaan palestin terbahagi dua..satu hamas..satu fatah..dorg penah berkerjasama..then gado..yg melagakan dorg adalah amerika dn yahudi sndiri..kalau korg jenis yg berminat dengan peristiwa2 nih korg mst tau punya..namun salah org islam gak sbb bodo mudah dimain2kan oleh amerika dan Israel gara2 wang..

Fatah menggunakan skil diplomasi dan berlemah lembut..yg pada pandangan aku mnyebabkan Mahmoud Abbas nih cm boneka jek..sama cam Malaysia tentang british..Cuma pemimpin kita bijak2 dan musuh juga berbeza2..

Hamas lak guna skil yg berasaskan perjuangan..Ismael Haniyeh punya pemikiran sama cm Indonesia tentang belanda..namun cara ini juga mnybbkn islam dipndang kejam dan lain2..

Kita hanya mmpu bersabar...menentang pabila ditentang..sesungguhnya kita berada di bawah skng..dan kite sbg islam hndaklah yakin..takkan datangnya kiamat selagi islam tak berada di atas..takkan dtgny kiamat selagi belum terjadi perang kuffar..perang maha dahsyat sehingga diramalkan burung yg terbang di atas medan perang pon akan mati..akan bangkit 3 golongan muslim, dan hanya golongan ketiga akn menang..yang lain akan gugur syahid..

Namun utk capai kemenangan tuh kita bukannya memerlukan snjata dan tembak mmbabi buta..kita juga memrlukan strategi yg ampuh..rohani yang kuat dan ilmu di dada..tu yg pnting..bukan just g rampas kapal terbang ambik bom terus letup..tebaabooom!!

Bye.

Tuesday, January 15, 2008

oops! salah saya!

Berapa kali sahaja kata2 ini terlepas dr mulut kite?
Berapa kali sahaja kite memaksudkannya? Hmm.. aku sendiri tak pasti.


Tapi yang pasti, dunia ini pasti lebih indah jika kite tidak mementingkan diri sendiri. Atas khilaf kite sendiri, pernah jugak kite menuding jari, terburu-buru menuduh melulu atas 'ketakbertanggungjawaban' si polan atau 'ketidakjujuran' si polan dan bermacam-macam lagilah yg kite tuduh. Boleh dikatakan, kite tak puas hatilah dengan environment kite, ade aje yang tak kena. Keadaan jadi kronik bila kite mula rase untuk bermuram, muka pun masam macam cuka.. huhu~ memang waktu-waktu yang menyedihkanlah time tu. Macam semua orang dan semua benda pun bertindak kejam kat kite... waa~~ Kite pun persoalkan, kenapa asyik kite je yang berkorban?? Tak adil!!!

Ok... Macam dah terlebih emosi pulak. Agaknya, setakat tu je contoh yang aku nak kasi. Hmm, ak tak taulah sama ade setiap dari kite pernah melalui zaman ni, tp ak pernah (hehe) Serius cakap, memang tak matang la time tu. Tapi sebab aku rase tak gembira, ak pun kalau boleh, tak nak kembali ke zaman-zaman tu.

Macam mana nak jauhkan diri dari terperangkap dlm situasi di atas? Sesungguhnya, sebelum kite nak menilai perilaku orang lain, seharusnya kite sedar siapa kite. Kite telah banyak berbuat salah terhadap orang lain, banyak juga menutup kebenaran, dan banyak juga buat dosa, jadi, apa yang memberi kita hak untuk menuntuukur persahabatan/kejujuran/kesopanan/ape-ape je yang kite nak persoalkan mengenai orang lain? Sesungguhnya juga, kalau kite tak bersedia untuk memaafkan dan bersabar dengan orang lain bukankah itu petanda bahawa kite bersikap riak? Walhal diri kite ni masing2 tak 100% suci dari dosa? Fikirkanlah...

Sikap yg berprasangka buruk ini, baiklah kite campak jauh-jauh, kalau boleh, campak ke dalam gunung berapi terus, biar terbakar dan akhirnya menjadi abu (ayat bahas..ngeh3), dan sebagai ganti, kite tanamkan 'husnuzon' a.k.a bersangka baik dalam diri, dan bajakan sikap ini supaya ia tumbuh subur dan membuahkan hasil. Pasal tanggungjwab jugak, selagi termampu, tak salah kiranya kite memikul tanggungjwab di bahu kite sendiri, daripada menolaknya ke tepi. Jangan salahkan orang lain atau alam sekeliling atas alasan mereka tak mampu memuaskan keinginan kite, sebaliknya, lihat apa yang kurang pada diri masing-masing dan cuba memperbaiki sehabis mampu kelemahan itu. Ingat yang 'room for improvement is always under construction'. Dan kalau setiap hari kite berusaha untuk improve, mungkin sekali hari-hari yang kite lalui, semakin hari semakin indah.

Aku harap hari esok akan lebih baik dari hari ini dan harap jugak blog ni saban hari akan memberi lebih makna. InsyaAllah.
Cau cau! Salam.

Sunday, January 6, 2008

memecah kesunyian IV...

Hari ni, 5 Januari 2008. Sebelum mengorak langkah membuka bicara, selamat tahun baru diucapkan pada semua. Setahun berlalu sudah dan apa yg telah tertulis dan yg telah disampaikan diharap dptla sedikit sebanyak menjadi pedoman buat para pembaca. :)

Hmm.. perbincangan utk memecah kesunyian hari ni? Tentang azam, tentang pencapaian, serta kegagalan dan yg plg penting, tentang ruang utk memperbaiki.

a. Azam
Sbnrny, ak pun tak berape phm ape kebendenye azam tu. Yg ak tau, bile ak berazam, ak akn ckp something mcm ni "ak berazam utk kurangkn mkn coklat". So, azam tu kire satu perbuatan kot.

Hmm.. senior kat Prague selalu pesan kat junior.. "begin with the end in mind". Dari satu sudut kata-kata ni, bole disimpulkn bhw untuk ape2 aje perbuatan/perkataan (azam) yg bakal kite laksanakan, mestilah bersebab, bukan? Dan ternyata lebih senang utk kite melakukn sesuatu perkara jika kite tetapkn dulu matlamat. Sbg cth: matlamat Ali adela utk membeli sebuah basikal, so Ali akan bekerja dan simpan duit untuk membeli sebuah basikal. Sekaligus dr ayat tadi pun kite tahu, azam Ali mestila utk bekerja dan berjimat cermat utk mengumpul duit sbb nak beli basikal. Bayangkn kalau Ali simpan duit tanpa sebab, mesti die takkan berusaha kan? Bukanny duit tu bole buat bekalan kat alam barzakh pun(rintih Ali)... hehe...

Bagi sesetengah drpd kite, mungkin sekali kite menganggap azam tu hnyla sekadar mainan kanak2. Ak pun pernah fikir camtu sbb ak rase azam tu mcm alat utk buat budak2 teruja je. Tp, semenjak ak pasang azam, ak sbg org yg bukan knk2 pun rase teruje utk berlari berkejaran menggapai cita2. Sbb tu, ak nak sarankn kat sini, jomla kite memasang matlamat dan wujudkn azam2 yg bakal menjadikn hidupan ini lebih bermakna.

b. Pencapaian dan kegagalan
Setelah memasang azam, memang sesuatu yg sedih kalau kite x tau keberkesanannya (memasang azam). Jadi, ape yg kite bole lakukan adela membuat penilaian tentang ape yg telah dicapai dan yg gagal dicapai. Aktiviti ni bole la dipanggil "reflection". Boleh dikatakan mcm kite mencerminkn (aktiviti ni tak semestiny dilakukan dpn cermin ;)) ape yg telah berlaku dan memandangkan kite masih di awl tahun, tidak terlalu lewat kirany utk kite muhasabah diri, menetuukur kedudukan kite di hati kite sendiri, dan menyedari ruang2 yg wajib/harus/sunat utk diperbaiki. Sesi "reflection" ni tak ambil masa yg lame pun but it helps, really.

c. Ruang utk memperbaiki
"The room for improvement is always under construction".
Ak da tak igt mane ak bace ayat kat ats ni, tp yg pasti, ayat ni byk salurkn optimism kat ak. Sbb dr ayt ni ak sdr yg sbg manusia, ak ternyata golongan yg lemah, yg jauh dr kesempurnaan tp sepertimana manusia lain, ak ade peluang. Bukan satu dua je, tp infinity peluang yg ak ade utk memperbaiki diri (sehingga tiba ajal ak).
Walaupun dgn azam, ak dpt lihat lebih jelas kelemahan ak dan kdgkala ak rasa sedih, sedih sbb sesetengah azam x dpt dipenuhi; but on the bright side, sekurang2ny ak tau kat mane ak berdiri dan kat mane ak rse ak bole berdiri jika ak lebihkn usaha, lebihkn doa dan bertawakal.

Hohoho. Panjang jugak celoteh ak hari ni. Pape pun, antr saranan ak utk semua, jom jadikan ni sbg matlamat:
"Menjadi doktor yang sihat mental dan fizikal!"
Ak nak ambil kesempatan jugak.. untk memohon kemaafan sepanjang berblogging dan dihrp segala kelemahan dan kebangangan penulis dpt diberi toleransi oleh para pembaca.