Daripada start kolej, sampailah kat masa depan, rakan sebaya akan memainkan peranan BESAR dalam hidup kita sebab time blaja kat universiti, kerja, kita akan tengok muka yang sama je. Pengaruh diorang? Ada yang baik dan ada juga yang tak elok. Walaupun kita semua dah mumayiz, ada je anasir-anasir yang menarik kita ke arah benda-benda yang tak dijangka. Salahnya di mana? Itu lah yang dipanggil pengaruh rakan sebaya.
Memang tak bole nafi, bila kita ada kawan, benda-benda yang tak pernah terfikir nak buat, sama ada yang menghiburkan (e.g. sorok selipar orang) yang membawa kepada ikatan persahabatan yang lebih menarik, ATAU perkara yang dahsyat (e.g. merokok, ambil dadah, tipu mak bapak etc.) yang confirm, nanti akan membawa kita untuk menyesal dan merana, dan rasa macam mengalami kebodohan yang melampau, akan terlaksana. Sebab kita dipengaruh untuk lebih berani bertindak tanpa memikirkan akibatnya.
Hmm... Usia kita semakin hari semakin tak muda ;) dan seruan untuk BERDIKARI telahpun sampai. Sebagai seorang yang dewasa, kita kenalah mengelak daripada dibelenggu pendapat orang lain. Apa? Takut orang tak suka? Well, kalau seseorang tu kawan dalam ertikata sebenar, dia akan menyokong sebarang perubahan kita ke arah kebaikan! Kalau dia tak nak berkawan dengan kita sebab kita tak nak keluar dengan dia, atau tak nak makan apa dia makan, bukan kawan tu!
Untuk elak diri daripada dipengaruh, yakinlah dengan penghakiman kita sendiri, dan kalau masanya sesuai, luahkan pendapat kita mengenai sesuatu perkara. Tak perlu berdebat atau bersengketa, cuma beri ruang untuk orang lebih menghormati tindakan atau keputusan kita sebagai seorang individu.
Tapikan, nak cakap tak payah fikir perasaan orang lain tu pun, salah juga. Sebab kita hidup dalam komuniti where sesetengah keputusan tu dibuat secara demokrasi. Mungkin ada yang lebih arif, dan amat digalakkan untuk kita membuka minda dan menerima pendapat dia. Sebanyak mana kita nak pendapat kita didengari, banyak tu jugalah orang lain nak kemukakan pendapat mereka! Kalau kita tak boleh terima juga? Hmm... Carilah ketenangan di mana-mana, dan buang sikap terlalu mementingkan diri sendiri tu!
Kesimpulannya? Jangan mudah tunduk kepada pengaruh rakan sebaya, belajarlah berdikari! Tapi bukan bermaksud kita langsung tak bergantung pada orang lain tapi bila perlukan nasihat, dapatkanlah dari pakar. ;) Sekarang, tarik nafas panjang-panjang, dan start gunakan akal, bukan lagi perasaan! InsyaAllah, perjalanan di muka Bumi ni akan menjadi lebih mudah.
Wednesday, July 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Aiseh, klaka la plak tulis formal ni... sangat sedar akan bahasaku yang agak pelik.. harap2 sume org dpt faham la... rian, kite kene tulis baku n sebijik-sebijik ke??
aisyeh..bukan ler kena tulis baku and sebijik-sebijik..
may be sy dah terbiasa..
dulu kalau tulis benda serius2 sikit,mcm tulis esei..mmg sy baku la..
sorry yeh kalau tak selesa..
sy pun tak mau la nmpak cam pelik sgt..
nanti ada org ckp sy sgt skema pulak..
awkakkawakakakkak
nak komen sikit..
hmm..mmg kawan sgt penting..selepas famili..
tapi mcm sy,kalau kawan tu kawan baik sy..
sy anggap die mcm keluarga sy sendiri..
so,kalau anggap macam famili,mestilah kalau kita tegur, marah, cemburu,geram,happy,sedih...
semuanya utk kebaikan bersama..
paling penting..jangan salah memilih kawan..
tp klu salah pilih,anggap kita ditakdirkan bw kawan kita tu ke arah jalan yg betul..
yup.. xkan nak ditch kawan tu kot kan, so it's a matter of us making the right choice... ;)
org cakap kawan ni ialah reflect pd diri kita sndiri..kalau nak tau diri kita camne tgk la kawan2 yg kita bergaul..bg aku berdikari tak semestinya takleh mintak pendapat org..it just that u must make ur own judgement...maybe after asking all ur fren`s opinion..
aku suke bace blog org yg ade gaye penulisan y konsisten,kalo nk bahasa pelik..sumer post bahase pelik je..hehe....
just my 2 cents
http://sazs.net
Post a Comment