Monday, July 30, 2007

Marah?? Pikir2kan la dahulu..

Actually, aku rase maybe ramai yg dah pernah dgr kisah dekat bawah ni. Tp tak salah kalau sekadar untuk ingat-mengingati antara satu sama lain..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya
hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas
memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke
tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-
lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau
menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

So, apa2 pun yg kite buat seelok2 nye kene la berfikir dahulu sembelum mmbuat tindakan..

2 comments:

~ rianus ~ said...

hmmm..
mmg kita perlu fikir dlu sblm buat tindakan..baru tindakan yg kita amik tu bijak
jangan terlalu ikut perasaan,perlu jugak guna akal fikiran
dan memang..
kalau dah ada luka tu,parutnya tetap ada sampai bila2,terutamanya yg membabitkan hati dan perasaan..
walaupun kita perlu forgive and forget..tp benda tu amik masa yg sangat2 lama utk sembuh,dan kalau sembuh pun mungkin takkn kembali seperti asal.

Anonymous said...

hoho~, saya amat bersetuju dgn apa yg diutarakan oleh cik rian itu. Sememangnye kita juga harus mengelakkan drpd menimbulkan kemarahan mahupun perkara yg boleh membuatkan org menjadi marah.