Sunday, August 5, 2007

PUISI..

Sempena bulan kemerdekaan nie..mari sama-sama hayati bait-bait puisi karya Azhar Salleh(dr akhbar Mingguan Malaysia)....

Genggam Bersama
Telah kita daki segala bukau
dan telah kita turuni segala lurah
wajarkah kita lupa tentang akar
yang membelit langkah
hingga pernah tersadung rebah.
Telah kita tiba di puncak sejahtera
mendakap gugusan kabus harmoni
sepakat dan erat kita genggam
iltizam nyawa merdeka
yang terus mengalir di urat nadi
pada wangsa yang setia bermaruah
Telah kita abadikan perjalanan ini
dalam suatu tekad yang berani
dan pasti..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50!!
Harap kita berjaya sebagai duta kecil negara!!
Semoga Malaysia terus cemerlang,gemilang dan terbilang!!!

No comments: