Tuesday, August 21, 2007

tazkirah Remaja: Banyak dosa hati keras

SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.

Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.


Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.

Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.

Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.

Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.

Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:

(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.

(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.

Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.

(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.

(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.


Justeru dikesempatan ini bersama-samalah kita bertaubat, mengamalkan perintah dan meninggalkan Larangan-Nya...

Monday, August 20, 2007

Memahami kejadian, kemuliaan manusia

MANUSIA adalah makhluk yang dimulia dan diangkat darjat atau kedudukannya di sisi Allah SWT. Hal ini jelas dinyatakan dalam maksud firmannya, “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam” – (surah al-Isra:70)

Manusia dalam bentuk asal penciptaan atau kejadiannya adalah makhluk yang terbaik (ahsan taqwim). Allah telah memerintahkan malaikat dan iblis sujud kepada Adam sebagai satu penghormatan (bukan penyembahan) sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah al-Baqarah, ayat 34.

Manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan adalah makhluk Allah yang diciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku adalah semuanya sama di segi penciptaan dan fitrahnya.

Sungguh pun begitu Allah SWT menjelaskan bahawa kemuliaan seseorang insan itu adalah terletak kepada ketakwaannya terhadap Allah SWT. Ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu”. – (surah al-Hujarat:13)


Manusia adalah makhluk istimewa yang memiliki dimensi jasmani dan rohani, jiwa dan raga serta dikurniakan nafsu (nafs) dan akal (aql) iaitu kelengkapan yang dikurniakan Allah kepada manusia. Jika kemuliaan manusia diperoleh melalui kemampuannya menggunakan kelengkapan yang dikurniakan Tuhan kepadanya dalam bentuk pengabdian diri yang menepati risalah rasul maka kejatuhan manusia ke lembah kehinaan pula adalah disebabkan kegagalan manusia menggunakan dan memanfaatkan kelengkapan yang diberikan Allah kepadanya.

Allah SWT telah berfirman yang maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia keserendah-rendah peringkat orang yang rendah.” – (surah at-Tiin:4-5)

Dengan kehebatan akal dan kerohaniannya, ia mampu berfikir dan berasa, mampu membuat pilihan (bebas) serta mampu menyesuaikan diri dengan sesuatu yang dihadapinya (perubahan zaman). Namun, jika seandainya fikiran dan jiwanya berada di luar batas fitrah dan kemanusiaannya maka manusia boleh menghadapi ‘krisis rohani’ yang mampu menghakis dan melenyapkan kemuliaan dan makna kewujudannya di alam ini serta mampu membawa malapetaka dan kehancuran dalam kehidupan dan tamadun manusia.

Sesungguhnya sikap, karakter dan tabiat insan itu ada kaitannya dengan unsur yang ada dalam ciptaan dirinya. Tentang kejadian manusia, al-Quran menjelaskan bahawa manusia berasal dari:

Air (al-ma'u): “Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup” – (al-Anbiyaa': 30). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan bahawa benda-benda hidup yang dimaksudkan itu termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Tanah liat (shalshalin kalfakhkhar): “Ia menciptakan manusia lembaga Adam dari tanah liat kering seperti tembikar” – (ar-Rahman:14). Sari dari tanah (sulalatin min thi'n): “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah.” – (Al-Mukminun: 12)

Zat renik (turab): ”Kami telah menciptakan kamu dari tanah.” (al-Hajj: 5) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menyatakan kejadian dari tanah ini ialah yang berasal dari pati makanan yang diperoleh dari tanaman dan hidupan di bumi.

Adam adalah manusia awal dan pertama dicipta dari thi'n, sementara anak-cucu Adam (Bani Adam) pula daripada nuthfah lalu berkembang di dalam kandungan ibunya setiap 40 hari dalam setiap proses perkembangannya.

Bermula dari nuthfah (40 hari), alaqah (40 hari) dan kemudian mudghah (40 hari) lalu manusia kemudiannya diberi ruh pada hari ke 120. Proses ini dijelaskan dalam surah seperti Al-Sajdah: 7-9, Al-Hijr :28-29, Shad:71-72. Semua proses perkembangan manusia di dalam rahim ibunya seperti yang dijelaskan oleh Al-Quran telah dibuktikan melalui ilmu perubatan moden.

Al-Quran turut memperkenalkan tiga nama untuk manusia. Nama ini pula mempunyai maksud tertentu yang menggambarkan mengenai sifat (karakter) insan itu sendiri. Ketiga-tiga nama itu (banyak terdapat dalam al-Quran dan mudah dijumpai) ialah:

Insan yang berasal dari kata ‘uns yang bermaksud jinak, harmoni dan tampak. Juga dari kata nasiya yang bermaksud lupa/lalai. Basyar: lebih menunjukkan sifat jasmani/lahiriah manusia. Bani Adam: anak Adam atau zuriat Adam.

Berdasarkan kepada tiga nama yang digunakan oleh al-Quran itu maka dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa Bani Adam (anak Adam), iaitu manusia dapat dilihat dalam dua dimensi atau kaca mata iaitu dimensi Al-Basyar iaitu manusia sebagai makhluk hidup dari aspek biologinya (anatomi dan fisiologinya) dan dimensi Al-Insan iaitu manusia sebagai mahkluk hidup secara psikologi dan berkesedaran yang dihubungkan dengan unsur roh (rohaniah).

Jika kita amati dan fahami unsur ciptaan manusia maka jelaslah bahawa jasmani manusia adalah terbina daripada bahan rendah yang bersifat material iaitu tanah (segumpal darah) yang mudah rosak dan musnah.

Dalam proses tumbesaran fizikal (tubuh badannya) manusia bergantung kepada makanan yang semuanya bermula dari tanah yang kesuburannya bergantung kepada air. Namun bila kita lihat kepada komponen kedua unsur ciptaan manusia iaitu roh (rohani) maka manusia mempunyai destini ke arah alam tinggi, alam metafizik, alam spiritual atau lebih jelas lagi alam akhirat.

Destini yang tinggi ini jelas dapat kita fahami pada tabii yang ada pada manusia iaitu akal (intelek), akhlak serta spiritual insan yang cenderung kepada hal kerohanian dan metafizik.

Muhammad Iqbal dalam menerangkan konsep khudi (diri) menjelaskan bahawa manusia pada hakikatnya adalah makhluk kerohanian (spiritual) di mana ia mampu membangun, mengembang dan menyempurnakan dirinya ke arah penyempurnaan kehidupannya.

Manusia melalui potensi kerohanian yang dikembangkan melalui aktiviti intelektual (ilmu pengetahuan), agama, kebudayaan dan kesusasteraan dapat merealisasikan dirinya secara sempurna dan menemukan jati dirinya sebagai khalifah tuhan di muka bumi ini. Melalui aktiviti intelektual dan kerohanian inilah maka terbangun dan berkembangnya tamadun manusia.

Dalam pemikiran filsafat Sunan Bonang (Wali Songo) pula, ulama sufi ini melihat manusia secara rohaninya dilengkapi dengan sifat kekuasaan (jalal), keindahan (jamal) dan kesempurnaan (kamal) Tuhan.

Sunan Bonang melihat seluruh alam dunia ini ada dalam diri manusia dan untuk memahaminya manusia perlu mengenal dirinya. Bagi Sunan Bonang sholat adalah perbuatan menuju dan menyerah diri sepenuhnya kepada ‘Yang Dipuja’ atau ‘Yang Disembah’ iaitu tidak lain ialah Allah SWT.

Di kalangan ahli sufi manusia di anggap tajalli tuhan yang memiliki rahsia ketuhunan. Konsep tasawuf melihat manusia memiliki sifat nasut (kemanusian) dan lahut (ketuhanan). Sifat nasut didasarkan kepada dimensi materi (jasmaniah) manusia sementara sifat lahut pula didasarkan kepada dimensi rohani (spiritual) manusia.

Thursday, August 16, 2007

TiDuR ??

"Peringkat pertama tidur ialah bile orang berada dlm keadaan sedar dan separuh sedar.Pd peringkat nie, otot mule tenang, tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan mula turun.Ketika nie, sejenis hormon dipanggil cortisol mula bertindak.

Peringkat kedua..light sleep @ tidur2 ayam dimana seseorang itu tidur yg tak begitu nyenyak.Lebih drp separuh waktu tidur dihabiskan pd peringkat nie.

Peringkat ketiga n keempat ialah thp deep sleep atau tidur nyenyak dimana tubuh memberi ruang otak berehat dan menjana semula tenaga.Keadaan ni slalunya dibantu oleh badan jika byk gangguan atau tak tidur lena.

Slps tidur bberapa ketika pd peringkat nyenyak,kite kembali pd peringkat separuh nyenyak..menukar tekanan darah,denyutan nadi dan aktiviti otak meningkat.Peringkat nie dipanggil REM( Rapid Eye Movement)krn mata yg bergerak-gerak ketika tu.Peringkat nie la biasanya kita bermimpi..
Hehe..x kisahlah mimpi sedey ker,happy ker..ngeri ker!!

Slps mimpi,korang akan kembali ke peringkat tidur2 ayam..kemudian nyenyak semula.Pusingan ni belulang 4-5 kali pd waktu mlm,tp lps 2 pusingan waktu tidur nyenyak kurang drp tidur2 ayam.

KORANG DPT TIDUR CUKUP TAK?

Hmmm,kalo soalan nie ditanya,mesti ramai yg jawab "Tidak".Tapi, mengikut ramai pengkaji perihal tidur di Britain,andai korang slalu berasa mengantuk dan tersengguk waktu bekerja pd waktu siang,besar kemungkinan korang tak dpt tidur nyenyak pd waktu mlm.Stp org mesti tahu,byk mana masa tidur yg diperlukan sbb bende nih berbeza utk stp org.Kebiasaannya 7-8 jam diperlukan,ttp kekadang kurang drp itu.

ELAKKAN INSOMNIA

Kurang tidur beberapa ketika tdk mendatangkan insomnia tp bley merosakkan badan.Sbb terlalu bimbang korang x dpt tidur cukup,akhirnya korang tak bley melelapkan mata langsung.Kenyataannya,pesakit insomia tidur lebey dpr yg mrk sangkakan.Waktu tidur mrk hny krg 50-90 minit drp org lain yg tido nyenyak.

ATASI KESUKARAN LELAPKAN MATA??!!

i)Lewatkan waktu tidur.Klu korang hny bley tido kul 3 pg,..berjaga spjg mlm dan tido jam 6 pg esoknya.Keesokannya tido jam 9pg,pastu 12tghhari,pastu 3 ptg, 6ptg, 9mlm dan akhirnya cuba tidur pukul 11 mlm.Bila jd kebiasaan,scr automatik mata korang akan mengantuk jam 11 mlm.Apa yg diperlukan ialah tmpt yg selesa utk korang 'terbongkang'.Yg pasti jgn guna pil tido...huhu..bahaya tuh,byk kesan sampingan!!
ii)Penggunaan essential oil yg bley dibeli di farmasi yg disapu scr aromaterapi @ mandian adalah lebih selamat.
iii)Bentuk jadual tido yg tetap sbb tido yg tak menentu mudah buat korang terbiasa berjaga.
iv)Pastikan korang tak lapar sblm tido,sbb bila lapar mesti susah nk lelapkan mata,kan?Tp jgn pulak mkn byk sblm tido,nanti jd lain plak.
v)Bacalah ape jer buku @ bhn bacaan sblm tido yg bley buat korang mengantuk.Hihi..buku sejarah?..err..mungkin.Takpun,ade gak yg jenis mengantuk bila dgr muzik sblm tido.Bergantung pd korang la..
vi)Korang msg jer la sesapa sblm tido.Tp pastikan org yg korang msg tuh takder kredit.So,die tak bley reply korang punye msg.Pastu korang pun mcm letih2 menunggu die reply msg(sbnrnya korang tau die mmg tak bley reply)...jd korang pun jd mengantuk dan tertido..
Hihi..aku dah try kaedah nie..menjadi owh!!Percayalah!!

P/S:Btw,setakat tu jer aku nk ckp pasal 'tido'.Ade pape korang bley tambah.Kepada yg ada symptom2 insomnia...jgn risau coz tu bkn masalah besar pun.Try kaedah2 di atas!!
Selamat mencuba!! BBasha!!

Wednesday, August 15, 2007

Message: Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk pusingan akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp,terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AMZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp,terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150meter, kini giliran orang asli tu plak.ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!!PPRRAAPP.Kena kepala pompuan tu dan mati.Dengan selamba orang asli tu kata..."I AM SORRY... .!!"

ustaz heavy metal..

Message: Ustaz Rock:Assalamualaikum kelas..

Murid-murid : Waalaikumussalam ustaz..

Ustaz Rock: Hari ni ustaz tanakmengajor sebab ade perkara yang nak ustaz bincang. Isu sensitif nih..

Murid 1 : Isu ape ustaz? Saspen jerbunyinyer..org saspen pun tak saspencamnieh..

Ustaz Rock : Memang sensitif tahapmaksima nih..sblum tuh..ade orangpantai timur tak kat sini?

Murid 2 : Saya ustaz..Saya orang ganu

Ustaz Rock : Kamu jangan terasayer..Ni saya dapat dari ustaz-ustaz seluruh negara..Kajian mendapati orangterengganu ngan kelantan nih takpercaya kepada Tuhan mereka..

Murid 2 : Eh Ustaz..tak baik tuduh-tuduh ustaz..berdosa besar ustaz
Ustaz Rock : Astargfirllahalazim kamuni..ustaz belum habis cakaplagi..sabo sabo la dulue

Murid 1 : Teruskan ustaz..
Ustaz Rock : Kamu rasa kenapa yerorang pantai timur ni camtu?Apapendapat kamu?

Murid 1 : Hish..ada unsur-unsurpolitik ke ni ustaz? Bahaya nie...repotkat guru besar kang baru tau

Ustaz Rock : Ler..ni lagisorang..takde langsung la..Bebawakmengucap dulu
Murid 2 : Dah tu apa ustaz?

Ustaz Rock : Okla..ustaz terusterang..tapi ni bukan ajaran sesat tau..Sebabnyer orang lain sebut 'Tuhan'..tp orang terengganu sebut 'Tuhang'..org kelantan plak sebut 'Tuhe'..tak gitu?
(lalu Murid 1 dan Murid 2 pun hanyamenggeleng kepaler..deii..dah name pun ustaz rock..sabo je la)"

Monday, August 13, 2007

polygamy... ha!

Rupe2ny, sume org berpoligami kat dunie ni. Only joking! Cam ramai da penah dgr cite ni. Anyway, this piece is an interesting read.

Once upon a time there was a rich King who had four wives.

He loved the 4th wife the most and adorned her with
Rich robes and treated her to the finest of
delicacies. He gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much and was always
showing her off to neighbouring kingdoms. However, he
feared that one day she would leave him for another.

He also loved his 2nd wife. She was his confidant and
was always kind, considerate and patient with him.

Whenever the King faced a problem, he could confide in
her, and she would help him get through the difficult
times.

The King's 1st wife was a very loyal partner and had
made great contributions in maintaining his wealth and
kingdom. However, he did not love the first wife.
Although she loved him deeply, he hardly took notice
of her!

One day, the King fell ill and he knew his time was
short. He thought of his luxurious life and wondered,I
now have four wives with me, but when I die, I'll be
all alone.'

Thus, he asked the 4th wife , 'I loved you the most,
endowed you with the finest clothing and showered
great care over you. Now that I'm dying, will you follow
me and keep me company?'

'No way!', replied the 4th wife, and she walked away
without another word.

Her answer cut like a sharp knife right into his heart.

The sad King then asked the 3rd wife, 'I loved you all
my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep
me company?'

'No!', replied the 3rd wife. 'Life is too good! When you
die, I'm going to remarry!'

His heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, 'I have always turned to you
for help and you've always been there for me.

When I die, will you follow me and keep me company?'

'I'm sorry, I can't help you out this time!', replied
the 2nd wife. 'At the very most, I can only walk with
you to your grave.' Her answer struck him like a bolt of
lightning, and the King was devastated.

Then a voice called out: 'I'll go with you. I'll follow
you no matter where you go.'

The King looked up, and there was his first wife. She
was very skinny as she suffered from malnutrition and
neglect.

Greatly grieved, the King said, 'I should have taken
much better care of you when I had the chance!'

In truth, we all have the 4 wives in our lives:

Our 4th wife is our body. No matter how much time and
effort we lavish in making it look good,
it will leave us when we die.

Our 3rd wife is our possessions, status and wealth.
When we die, it will all go to others.

Our 2nd wife is our family and friends. No matter how
much they have been there for us, the furthest they can
stay by us is up to the grave.

And our 1st wife is our Soul. Often neglected in pursuit
of wealth, power and pleasures of the world.

However, our Soul is the only thing that will follow us
wherever we go.

Cultivate, strengthen and cherish it now, for it is the
only part of us that will follow us to the throne
of God and continue with us throughout Eternity.

Yup. Sebab busy sgt with other things, kiteny jiwa cam x terurus. Pegangan kite goyah, perasaan tak tenteram slalu wujud, sume sebab kite tak kasi can kat jiwa kite untuk menikmati kemanisan iman. So, peliharalah 'isteri' 1st kite sume, sebab in the end, tu je yg jadi bekalan kite.

'Remember, when the world pushes you to your knees, you're in the perfect position to pray.'

P/S: Aku x suro sape2 berpoligami ye kat sini.. hehe...


Saturday, August 11, 2007

pendatang murahan..

aku hanya pendatang murahan...memandangkan korg sume menjurus pada jurusan maut tahap libasan usus..maka aku akan memfokuskan pada hal keagamaan sket..disamping salingan dan selingan serta jelingan manje dgn bnda2 yg cam best la kot..huk3..bab2 agama don wori..aku dibimbing dan dipantau serta disantau oleh pak wali tangga 13 ktt, hamdan penjual atar dan annas..pengetua rumah kebajikan kanak2..wat mase skng..aku tak de idea...so toksah check it out sbb takde pape pon...muahah!

Thursday, August 9, 2007

kesah lawak..

Malu Sesangat.

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar

dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang

terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun

lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist

tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Monday, August 6, 2007

ko ke ak? hmm...tanggungjawab bersama?

Slm sume [jwb, kalau x jwb, dosa]...

Sempena bulan kemerdekaan ni, nk sampaikn satu tajuk yg rseny teramatlah penting tuk kite sume tahu, hayati, selami, dan dgn petua2 yg diberi, harap2 dptla diaplikasi...
Ini mengenai kebersihan tandas awam. Memang betul, kat dunia ni ade org sukekn kebersihan, demi kesejahteraan dirinya, ade pulak yg tak kisah pun. Dan yg sukekan kebersihan ni, adela segelintir yg dah masuk tandas pastu reverse balik sebab x sanggup nak melakukan pape la yg die plan nak lakukn kat tandas tue... hehe... Nape? Sebab tandas tu teramatlah kotor, amat menjijikkn utk diblog kat sini...

Salah sape tandas tu kotor? Cube pilih jwpn kat bwh:
a. Mak cik/pak cik cleaner
b. Org yg gune tandas seblum tu
c. Pihak kerajaan/pemilik tandas (cam klaka je??!!?)
d. Diri kite yg nak gune tandas tu
e. Mak bapak sebab x mengajar individu2 kat ats ni

Lain org, lain pendapat, bg ak, mmg salah sume la. Memangla, ade tugasan tu bukan bawah kepakaran/kebiasaan kite, tapi tak salah, malah amat digalakkan sekiranya:
a. Cleaner tu, selain membersih, die jd guard kat tandas tu, bila2 patut, die bole la check tandas yg telah digunakan... mane tau, dpt tangkap pesalah yg tak reti nak gunekan tandas leklok.. ish3...
b. Pengguna tandas plak, make sure korang flush/bersihkn lantai drpd ape2 bentuk bahan kimia/organisma yg dihasilkn korang, sampah masuk dlm tong sampah, bukannye mangkuk tandas (x reti buat ni, korg mmg mangkok!!)... kalau rajin, basuh trus tandas tu... ak srius nih!
c. Yg pihak kerajaan/pemilik tandas plak, lakukan langkah2 terbaik supaya senang skit nak jaga kebersihan tandas (e.g., gune la bahan2 yg senang dibersihkn/x mudah kotor sbg lantai/dinding tandas, pastikan semua peralatan berfungsi dgn baik.. dsb.)
d. Yg 'terserempak' dgn tandas kotor pulak, kalau x sanggup nak gune tandas tu pun, jirus2 la skit.. malu la kalau rakyat kite dikenali sebagai org paling x menjaga kebersihan... huhu..
e. Selaku ibu bapa, seharusny memberi pengajaran yg bersesuaian kepada anak2 tentang kebersihan dan bagaimana ia menjadi tanggungjawab bersama..

Kalau kite suke menolak tanggungjawab sebagai masyarakat yg prihatin terhadap kebersihan, memang al-ghuyub la kite ni.
Drpd membahaskan "ni bukan tugas aku, ni mak cik cleaner tu yg kene buat", baik korg nasihat kat diri korg, "kenapa tak bersihkan je? utk kebaikan aku gak.."

Sesungguhnya kebersihan tu adela sangat penting, nape agaknye, kite kena selalu mengambil wudhu' utk bersolat/baca Quran? Sebab kite digalakkn berkeadaan 'bersih dan suci'. Keadaan bersih tu la yang memberi ketenangan, keadaan bersih tu jugak yg memberi kesihatan. Dan sebab2 yang lain? ALLAH Maha Mengetahui...

Slain tu, ak rase, kite sebagai rakyat Malaysia boleh menjlnkn tugas ni sebab:

MALAYSIA BOLEH!!!

Jalankanlah tangggungjawab ni, demi kesejahteraan semua!!!

Sunday, August 5, 2007

PUISI..

Sempena bulan kemerdekaan nie..mari sama-sama hayati bait-bait puisi karya Azhar Salleh(dr akhbar Mingguan Malaysia)....

Genggam Bersama
Telah kita daki segala bukau
dan telah kita turuni segala lurah
wajarkah kita lupa tentang akar
yang membelit langkah
hingga pernah tersadung rebah.
Telah kita tiba di puncak sejahtera
mendakap gugusan kabus harmoni
sepakat dan erat kita genggam
iltizam nyawa merdeka
yang terus mengalir di urat nadi
pada wangsa yang setia bermaruah
Telah kita abadikan perjalanan ini
dalam suatu tekad yang berani
dan pasti..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50!!
Harap kita berjaya sebagai duta kecil negara!!
Semoga Malaysia terus cemerlang,gemilang dan terbilang!!!

Wednesday, August 1, 2007

just for fun..

This is just a funny story. Saja2 je nak share2 dgn korg semua. Tidak ada kena mengena sama ada dgn yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia.

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,

"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.

"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang mari saya periksa telinga makcik."

P/S : Pesakit mcm ni pun ada jugak ek..hehe