Wednesday, June 4, 2008

Study? Mengantuk?

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca...
Setelah lama tidak mengeluarkan idea utk dicoretkan ke dlm blog ini, alhamdulilah..kini tiba giliran saya pulak...Disebabkan sekarang ni musim bunga dan nak masuk summer..eh,itu x penting..yg penting sekarang ni musim Exam..Now is EXAM FEVER!!

Sy yakin semua org tgh rajin belajar..baca buku, buat latihan dan perkara2 yg seangkatan yg sesuai dibuat bila nk exam.Tp, setiap org mesti ada masalah mengantuk bila baca buku kan? Terutamanya bila buku tu buku yg memerlukan otak kita berfikir dan memahami.Sbb bila kita baca buku cerita ke, novel ke..x la ngantuk kan?Jadinya, apa yg korang buat bila korang rasa mengantuk bila study? Tee hee hee..sbnrnya byk cara nk atasi bende ni..tp semuanya terserah pada individu tu sendiri.

Antaranya :
1)Dah korang ngantuk..so langkah seterusnya, senang je..TIDO..Haa..ni langkah yg rasanya logik jugak utk dikemukakan.Sbb kn, apa guna korang teruskan baca buku klu korang ngantuk dan apa yg korang baca tu langsung x masuk dah dlm otak, betul tak? Sbb bila badan kita dh penat, rugi je masa kita, sbb mmg otak kita dh susah nk terima maklumat.So, baik pergi tido untuk merehatkan badan. Tp AWAS!! tabiat ni tidak boleh dibuat sesuka hati..kita perlu kawal jugak diri kita..jgn sikit2 ngantuk2 dh nk tido..nnti ini mendidik kita jd org yg PEMALAS pulak.

2) Minum Coffee.. Yup, mesti time-time exam period ni membuatkan korang jadi coffee-addicts kan? Tak pe, boleh dimaafkan..walaupun sbnrnya tabiat ni x baik sgt utk badan.Sbb kita mcm memaksa otak kita bekerja walaupun sbnrnya otak kita perlukan rehat.Jadi, klu nk jugak minum coffee, cuba minum selang sehari ke..jgn la sehari smpai 3 cawan.Mmg x boleh diamalkan selalu sgt.



coffee cup in coffee cup


3) Sambil study sambil mengunyah something..antaranya gula-gula, kacang, lollipop(hehe..),buah-buah ke..Jadi, mungkin dpt menghalang korang drp terus 'buumm' atas buku (tido la maksudnyer).Tp ingat, mengunyah bende2 ringan ni hanya utk halang drp mengantuk, bukannya utk mengenyangkan eh~

4) Study sambil dgr music..Ni hanya mungkin berkesan utk sesetengah org je.Ade org boleh study dan faham sambil dgr lagu..tp ada org memerlukan medium yg betul2 senyap mcm library utk belajar.Tp, study sambil dgr lagu agak berkesan utk dicuba..tp mungkin agak susah bg orang tak boleh buat 2 kerja dlm satu masa.

5)Tido lepas Isyak dan bangun utk blajar lps itu.Saya x pernah cuba buat ni, tp sy ada terbaca psl teknik ni agak berkesan.Sbbnya, badan dan otak kita dh rehat dan bertenaga semula utk bekerja slps kita tido tu.Dan lagi satu, waktu2 sblm subuh nie, suasananya hening dan sunyi, so mudahla utk individu yg suka suasana sebegitu utk study.

6)Blajar dlm kumpulan atau lebih glamour dgn nama 'study group'.Teknik ni berkesan klu anda bukan ahli tido dlm kumpulan! Selain drp dpt hilangkan ngantuk, anda juga dpt bertukar-tukar ilmu dan pendapat.

7) Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…
“LA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
Amalkan selalu~ InsyaAllah berkesan~

Mungkin ada byk lagi teknik menghilangkan rasa mengantuk bila belajar yang tidak tercoret disini.Pendapat korang amat dialu-alukan.Mari kita sama-sama berkongsi eh!!

Di sini nk amik kesempatan utk ucapkan ALL THE BEST for FINALS utk sama2 yg amik exam tu !! Harap2 kita semua dpt lulus dgn jayanya dan dpt balik MALAYSIA!!!
Fighting!!!!



glitter-graphics.com

harga barang naik worr...

Peace be upon all of you dan salam sejahtera.

Saudara-saudari, pekakah anda terhadap kenaikan harga barang di Malaysia sekarang ni ye?
Huhu~ Sebentar tadi, setelah sekian lama membuka lembaran akhbar online, saya terserempak dengan kenaikan harga petrol dan minyak pula.

Kenaikan harga barang makanan? Itu dah lama pun berlaku. Adelah dalam 5-10% kenaikan harga bagi barangan runcit.

Petrol - RM2.70/Liter (naik RM0.78)
Diesel - RM2.58/Liter (naik RM1)

Wah~ begini gayanya, terbantutlah niat penulis nak bersiar-siar sekitar kawasan perumahan di Shah Alam di samping memantapkan ilmu memandu.
(Kasihan die!)

-----
Monolog dalaman di atas adalah antara keluhan-keluhan yang sering didengari, khasnya daripada "rakyat Malaysia yang menderita".
Antara lain yang kite dengar:
a. "Saya ni hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sekarang, harga barang dah naik, pagi petang siang malam kais, makan tak tentu lagi"
b. ..... (dan sebagainya)

Tapi saye tak dapat nak teruskan dengan lebih banyak contoh sebab tu bukan tujuan post ni.

Tujuan post kali ni nak ajak beramai-ramai untuk "make full use of the situation".
-----

Memandangkan tak semua pembaca blog ni menetap di Malaysia, jom kita nilai 2 situasi nak? (Kalau tak nak pun, saye nak jugak!)

a. Situasi pertama : "I takde kat Malaysia pun. Save!"
Satu persoalan: Eyh, negara lain takde naik harga barang ke? Setahu saya kat Czech ni bulan depan air naik 15%, bulan seterusnya, elektrik pulak naik 15%. Huhu~ kenaikan harga jugak tu. Makanan pun naik same. (Sebenarnya, ini fenomena dunia sekarang. Serious!)

Mengambil pengajaran dari tanah air, kawan-kawan, janganlah kite buat andaian yang kite takkan merasa sesak di masa depan.
Ape je kite boleh buat eyh? (cepat2, sape tahu jawapan?)...
Ye, menabung, atau erti kata lain, berjimat-cermat. Tu la cari terbaik untuk kite melalui situasi ni (situasi di mana kite tak sesak dan merasakan kemungkinan tinggi yang kite takkan sesak). Ada gunanya peribahasa yang kite sedia maklum sejak di bangku sekolah lagi, "sediakan payung sebelum hujan".

Satu lagi peribahasa yang telah diolah, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak berbelanja buruk padahnya"
. (Adey, saye pun tak terkecuali dari yang ni. Malah, SANGAT tak terkecuali.)
Maka, buatlah belanjawan and live by it. Malu la kalau nak bergantung harap kat mak bapak kalau kite ni da ade orang yang sponsor! Mak aih~ agaknya kan, kalau kite tak belajar untuk mengurus kewangan kite dari saat ini, bile lagi ye?

Lagi satu, bukannya selama-lamanya kite nak duduk luar negara kan? KAN? (Penegasan di situ)

b.Situasi kedua: "Weyh, kering poket gua weyh" (contohnya, bagi yang duduk di Malaysia)
Satu la, kene marah dulu - tu la, sape suruh tak menyediakan payung sebelum hujan?

Tapikan, tak boleh cakap camtu gak sebabnye, ade je golongan yang menabung and ade pula yang menggunakan simpanan yang sedia ada untuk menjalani aktiviti hidup seharian mereka.
Alamak, kalau lama-lama nanti, habislah duit simpanan and duit poketku~ Sedihnya.

Hmm, camne ek? Well, selagi tak memudaratkan kite, maybe inilah saat untuk kite belajar hidup dalam kesederhanaan.

- Dulu selalu round-round naik kereta kan, sekarang, harga petrol dah mahal, tu kene duduk rumah tu! Spend time with our love-ones!
Tak pun tukar kenderaan ke (naik basikal jom, round Kota Kemuning - boleh mengurangkan lemak, insyaAllah)
.

- Pergi pasar malam beli macam-macam tu, especially kalau ade Bazar Ramadhan. Meja tak muat, ruang tamu pulak dijadikan meja. Kurangkanlah, membazir je.

-Dan kurangkan je lah ape-ape perbelanjaan yang sebenarnya tanpa perlu berbelanja pun, kite boleh hidup bahagia :) weee~

-----
Tapikan korang, camne pulak dengan golongan fakir and miskin kat negara kite tu ye? Agak-agaknya, kalau dikurangkan lagi makanan yang terhidang time makan, ape je yang diaorang boleh makan?

Dan yang lagi lawaknye kan, kenape kan yang selalu bagi complain pasal duit tak cukup la, makan tak kenyang la, tidur tak lena; semuanya golongan yang ade harta, ade makanan ngan ade tempat tido yg selesa giler?

(Ni soalan rhetoric nih. Renung-renungkanlah.)
----
Aiyoyo~
Sape makan cili terase pedasnya. (Adeh~ Ni bukan stakat pedas ni, siap pijar lagi).
Hmm, entahlah kawan-kawan, saye bukanlah pengupas kewangan dan belanjawan negara tapi, mungkin skali dalam apa situasi pun, the best action we can do is - BE GRATEFUL. Might be the best way to survive a fragile life!

Say ALHAMDULILLAH. THANK YOU ALLAH. THANK YOU ALLAH THAT WE ARE HERE TODAY. :)