Tuesday, July 31, 2007

sekadar 'I wish you enough'... kisah menyentuh perasaan

Another piece of kisah… Also drpd seorg sedare Islam kite nun dari bumi Jordan.

Kisah yang diforwardkan:

Recently I overheard a mother and daughter in their last moments together at the airport. They had announced the departure. Standing near the security gate, they hugged and the mother said, "I love you and I wish you enough". The daughter replied, "Mom, our life together has been more than enough. Your love is all I ever needed. I wish you enough, too, Mom". They kissed and the daughter left.
The mother walked over to the window where I was seated. Standing there I could see she wanted and needed to cry. I tried not to intrude on her privacy but she welcomed me in by asking, "Did you ever say good-bye to someone knowing it would be forever?" "Yes, I have," I replied. "Forgive me for asking, but why is this a forever good-bye?"."I am old and she lives so far away. I have challenges ahead and the reality is - the next trip back will be for my funeral," she said. "When you were saying good-bye, I heard you say, 'I wish you enough'. May I ask what that means?". She began to smile. "That's a wish that has been handed down from other generations. My parents used to say it to everyone". She paused a moment and looked up as if trying to remember it in detail and she smiled even more. "When we said , 'I wish you enough', we were wanting the other person to have a life filled with just enough good things to sustain them". Then turning toward me, she shared the following as if she were reciting it from memory.

I wish you enough sun to keep your attitude bright.
I wish you enough rain to appreciate the sun more.
I wish you enough happiness to keep your spirit alive.
I wish you enough pain so that the smallest joys in life appear much bigger.
I wish you enough gain to satisfy your wanting.
I wish you enough loss to appreciate all that you possess.
I wish you enough hellos to get you through the final good-bye

She then began to cry and walked away.

Hmmm…

They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them. And surely, org yg jumpe mak cik tu mesti susah nak lupakan mak cik tu and kisah ni. Well friends, I wish you enough!

Kisah Pengajaran 2 : About perempuan..

ok, kali ini nak share dgn korg semua satu cerita, bkn cerita la tp lebih kepada dialog. kisah dia kenapa orang perempuan itu ibarat tulang rusuk yg bengkok..
kesahnye...


“Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena
pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau
dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar.
Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak
datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to
conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang
perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah
orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah
pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak,
Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan
tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau
terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang
Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan
perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan
iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam
Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w.
datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum
itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada ‘sayap kiri’ kepada
masyarakat.
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan,
terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri,
tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.”

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga
kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara ‘protes’ tu yang tak sama.
Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya
kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah.
Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk,
bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu
kita lebih `bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman
yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu
‘penyempurnaan’.
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu
bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang
sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la
melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru,
hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah
tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti
tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan
peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah
sifat `rahmah'. “Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang
Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat
dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya
penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh
sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka
juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita
sangat membosankan.”

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai
menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu
jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan
memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk
sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar
peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"

"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau
perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau
tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun
akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada
usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak
sabar".
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok'
daripada
kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih
`bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

so conclusion dia kat sini, kita kene tahu hikmah di sebalik kenapa Allah jadikan sesuatu benda, dgn cara tu jugak kita boleh kuatkan iman kite, buatkan kita ni bersyukur sbb Allah dah jadikan kite untuk hidup di muka bumi ini. Bak kata Tn. Fasi waktu BTN dulu dia kate kita semua memikul suatu amanah..